Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM BRITAIN LETAK JAWATAN

Boris Johnson janji tidak buat perubahan besar sementara tunggu waktu berundur

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Encik Boris Johnson telah berjanji kepada Kabinetnya bahawa beliau tidak akan menggunakan baki masanya sebagai perdana menteri sementara untuk membuat "perubahan besar".



Perdana Menteri Britain itu kelmarin terpaksa tunduk kepada tekanan daripada menterinya untuk meletak jawatan sebagai ketua parti Konservatif tetapi kekal sebagai perdana menteri sementara sehingga parti pemerintah itu memilih siapa yang patut menggantikannya.



Encik Boris turut menghadapi tekanan untuk melepaskan jawatan perdana menteri dengan segera.



Namun, seorang menteri Kabinet yang baru dinaikkan pangkat berkata ada persetujuan Encik Johnson meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri sementara.



Jadual waktu rasmi bagi pertandingan kepimpinan Konservatif dijangka disahkan minggu depan.



Tiada tempoh ditetapkan bagi pertandingan itu, tetapi pemimpin baru, yang juga bakal menjadi perdana menteri, dijangka dipilih menjelang September.



Beberapa anggota Parlimen (AP) dan menteri Kabinet sedang menimbangkan untuk menjadi calon pengganti Encik Johnson.



Sementara itu, mantan perdana menteri, Sir John Major, adalah antara anggota Konservatif yang mencadangkan Encik Johnson perlu berhenti serta merta sebagai perdana menteri, dengan berkata adalah "tidak bijak" untuk beliau kekal sehingga beliau digantikan.



Sir John telah mencadangkan kepada kepimpinan parti supaya pertandingan kepimpinan dipercepatkan, atau jika tidak, timbalan perdana menteri, Encik Dominic Raab, harus menjadi perdana menteri sementara.



Pembangkang parti Buruh juga telah mengancam mahu mencuba menggulingkan Encik Johnson serta-merta melalui undi tidak yakin di Parlimen, namun ini memerlukan sokongan besar di kalangan AP Konservatif untuk berjaya.



Pada mesyuarat Kabinet sebelumnya, Encik Johnson memberitahu menteri bahawa beliau tidak akan berusaha melaksanakan "perubahan hala tuju besar" atau mengambil "keputusan fiskal utama".



"Saya tidak menjangka anda akan diarah oleh perdana menteri untuk melakukan dasar baru yang radikal atau pelik," katanya kepada mereka, namun beliau menambah "tiada alasan untuk tidak meneruskan tugas dengan baik".



Setiausaha Wales yang baru dinaikkan pangkat, Encik Robert Buckland, berkata Encik Johnson telah bersetuju berkhidmat sebagai perdana menteri sementara.



"Ini sangat, sangat jelas. Dan itulah yang ditetapkan Kabinet dengan jelas hari ini," tambahnya.



Peletakan jawatan Encik Johnson berikutan pemberontakan besar-besaran oleh menteri di atas kepimpinannya, yang dicetuskan oleh pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual terhadap bekas timbalan ketua disiplin parti, Encik Chris Pincher.



Beliau pada mulanya cuba menentang desakan untuk berhenti dengan menggantikan menteri yang meninggalkannya, sehingga jelas bahawa beliau telah hilang keyakinan partinya dan tidak dapat meneruskannya.



Kejadian itu adalah perbalahan terbaru yang menyelubungi Encik Johnson sebagai perdana menteri dalam beberapa bulan lalu, dengan kuasanya di kalangan AP Konservatif terhakis selepas beberapa siri skandal termasuk denda dan pertikaian mengenai beliau mengelirukan Parlimen berhubung penganjuran pesta di kediaman rasmi perdana menteri semasa sekatan penuh Covid-19.



Ketika membuat ucapan peletakan jawatannya sebelumnya, Encik Johnson mewajarkan keputusan awalnya untuk memegang kuasa dengan mengatakan beliau berasa bertanggungjawab untuk menunaikan "mandat luar biasa" yang diterimanya daripada pilihan raya 2019. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >