Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bos ChatGPT diberi ‘visa emas’ pertama Indonesia

Sep 06, 2023 | 02:16 PM



JAKARTA: Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Encik Sam Altman, menjadi warga negara asing pertama diberikan visa emas Indonesia, kata beberapa pegawai di sini, sedang negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu cuba menarik para pelabur asing yang kaya ke negara itu.


Pengasas bersama ChatGPT itu diberikan visa 10 tahun, yang dilihat berpotensi untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Indonesia, kata ketua pengarah imigresen, Encik Silmy Karim, dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Apabila pemegang visa emas tiba di Indonesia, mereka tidak perlu lagi memohon permit tinggal sementara di pejabat imigresen,” katanya.

“Kami membentangkan permaidani merah, sebagai balasan untuk sumber yang mereka sediakan kepada Indonesia.”

Encik Silmy berkata pengeluaran visa emas mestilah berdasarkan cadangan institusi pemerintah pusat.

Encik Altman juga telah diberikan visa khas kerana reputasi antarabangsanya sebagai ketua syarikat penyelidikan dan pembangunan AI, kata pegawai itu.

Dengan visa emas itu, usahawan teknologi berusia 38 tahun yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu akan dapat memintas barisan imigresen di lapangan terbang Indonesia dan masuk dan keluar dari negara itu dengan lebih mudah, menurut kenyataan tersebut.

Encik Altman melawat Indonesia pada Jun untuk bercakap tentang AI.

Indonesia memperkenalkan skim visa emas untuk menarik pelabur individu dan korporat asing dalam usaha meningkatkan ekonominya.

Di bawah program visa emas, mereka yang melabur AS$2.5 juta ($3.4 juta) di negara itu akan mendapat penginapan selama lima tahun, manakala mereka yang melabur dua kali ganda jumlah itu mendapat 10 tahun.

Indonesia sedang meneroka peluang membangunkan ekosistem dan komuniti AI, ketika industri itu berkembang pesat di seluruh dunia, kata para pegawai.

Negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Ireland, New Zealand dan Sepanyol, telah memperkenalkan visa emas yang serupa untuk pelabur, dengan tujuan menarik penduduk yang mempunyai modal dan keusahawanan.

Sementara itu, pelabur korporat dikehendaki melabur AS$25 juta untuk mendapatkan visa lima tahun bagi pengarah dan pesuruhjaya.

Mereka perlu melabur dua kali ganda, atau AS$50 juta, untuk mendapatkan visa 10 tahun.

Peruntukan berbeza dikenakan kepada pelabur asing individu yang tidak mahu menubuhkan syarikat di negara ini.

Keperluan antara AS$350,000 dengan AS$700,000 dalam dana yang boleh digunakan untuk membeli bon pemerintah Indonesia.

“Apabila mereka tiba di Indonesia, pemegang visa emas tidak perlu lagi memohon permit,” kata Encik Silmy.

Program visa emas adalah dasar visa kedua yang dilancarkan pemerintah Indonesia baru-baru ini, selepas sebelum ini memperkenalkan program visa “rumah kedua” pada Oktober lalu.

Ia khusus ditujukan kepada warga asing warga emas yang ingin bersara di Bali atau destinasi pelancongan popular lain di negara ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >