Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Brazil catat rekod kes baru koronavirus; jumlah kematian melebihi Perancis

May 31, 2020 | 10:27 AM
ANGKA MEMBIMBANGKAN: Brazil kini mencatat 498,440 kes koronavirus dan merupakan negara yang paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat.
ANGKA MEMBIMBANGKAN: Brazil kini mencatat 498,440 kes koronavirus dan merupakan negara yang paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat. - - Foto EPA-EFE

BRASILIA: Brazil melaporkan 33,274 kes baru jangkitan Covid-19 semalam (30 Mei), menurut kementerian kesihatan negara itu.

Sementara itu, angka kematian akibat koronavirus di negara itu kini melebihi Perancis.

Negara Amerika Selatan itu kini mempunyai 498,440 kes jangkitan koronavirus itu sejak wabak itu bermula, sekali gus menjadikan Brazil negara kedua selepas Amerika Syarikat yang terjejas paling teruk. Jumlah kematian di Brazil akibat Covid-19 mencapai 28,834, dengan sebanyak 956 kematian baru dalam masa 24 jam yang lalu, kata kementerian itu. Beberapa wilayah di Brazil sedang bersiap sedia untuk melonggarkan sekatan pergerakan meskipun terdapat amaran dari pakar kesihatan awam yang menjangkakan keadaan akan bertambah buruk. President Brazil Jair Bolsonaro menganggap penularan wabak itu tidak begitu serius sambil mengutuk langkah sekatan pergerakan kerana ia melumpuhkan ekonomi dan menyebabkan pengangguran serta kesusahan kehidupan yang meluas. Kementerian Kesihatan Brazil menegaskan bahawa "tidak ada cara untuk meramalkan" bilakah wabak di negara itu akan memuncak dan pakar mengatakan jumlah kes mungkin 15 kali lebih tinggi daripada angka yang disahkan kerana belum ada ujian yang meluas. Amerika Syarikat kini mencatat sebanyak 103,685 kematian. Britain pula mencatat 38,376 kematian dan Italy pula, 33,340 kematian. - Reuters, AFP.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg