Topik diikuti
Pergi ke BHkuBrazil guna dron perangi penularan wabak Zika

Feb 23, 2016 | 5:30 AM
Brazil guna dron perangi penularan wabak Zika
BRASILIA: Pihak berkuasa Brazil mengambil langkah tegas memerangi penularan wabak Zika dengan menghantar dron bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes aegypti, yang turut menyebabkan demam denggi.
Bandar raya paling padat di Brazil, Sao Paulo, menggunakan pesawat kawalan jauh itu untuk mengesan tempat pembiakan nyamuk di taman, rumah dan bangunan.