Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Brazil hadapi 600,000 kematian akibat Covid-19

Oct 9, 2021 | 2:00 PM
KORBAN COVID-19: Gambar yang dirakamkan pada 17 April 2021 ini menunjukkan sekumpulan orang hiba melihat pengebumian saudara mereka yang dilakukan kakitangan di pusara yang memakai alat pelindung peribadi sebagai langkah pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19, di Tanah Perkuburan Vila Formosa, di Sao Paola, Brazil. - Foto
KORBAN COVID-19: Gambar yang dirakamkan pada 17 April 2021 ini menunjukkan sekumpulan orang hiba melihat pengebumian saudara mereka yang dilakukan kakitangan di pusara yang memakai alat pelindung peribadi sebagai langkah pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19, di Tanah Perkuburan Vila Formosa, di Sao Paola, Brazil. - Foto - AFP

RIO DE JANEIRO: Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di Brazil kini melepasi 600,000 kes ketika lebih 21.5 juta kes jangkitan direkodkan, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Kementerian itu turut melaporkan sebanyak 615 kes kematian direkodkan semalam dengan lebih 18,000 kes jangkitan baharu dicatatkan.

Pakar pulmonologi dan penyelidik di Institut Penyelidikan Fiocrus, Cik Margareth Dalcomo berkata, situasi pandemik di Brazil semakin pulih tetapi masih perlu berwaspada.

"Pandemik boleh diisytiharkan berjaya dikawal jika lebih 80 peratus populasi negara ini diberikan vaksinasi pelalian COVID-19," katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg