Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Brazil siasat kes selesema burung pada manusia

May 20, 2023 | 5:30 AM
DARI HAIWAN KE MANUSIA: Seorang lelaki berusia 60 tahun, yang bekerja di sebuah taman, di mana tiga ekor burung liar dikesan positif menghidap selesema burung yang sangat patogenik sedang dipantau dan diasingkan. - Foto REUTERS
DARI HAIWAN KE MANUSIA: Seorang lelaki berusia 60 tahun, yang bekerja di sebuah taman, di mana tiga ekor burung liar dikesan positif menghidap selesema burung yang sangat patogenik sedang dipantau dan diasingkan. - Foto REUTERS -

SAO PAULO: Brazil sedang menyiasat kes yang disyaki flu burung (H5N1), terhadap seorang individu yang tinggal di wilayah timur laut Espirito Santo, di mana pada minggu ini satu kes yang disahkan dikesan pada seekor burung liar, kata Kementerian Kesihatan.

Ia melibatkan seorang lelaki berusia 60 tahun, yang bekerja di sebuah taman, di mana tiga ekor burung liar dikesan positif menghidap selesema burung yang sangat patogenik (HPAI).

Virus patogen ialah virus yang boleh menjangkiti dan mereplikasi dalam sel manusia dan menyebabkan penyakit.

Lelaki itu sedang dipantau dan diasingkan, selepas beliau menunjukkan tanda-tanda menghidap flu ringan, kata kementerian itu, dalam satu kenyataan.

Sebuah makmal rujukan di Espirito Santo sedang menyiasat contoh-contoh yang diambil daripada lelaki berkenaan dan 32 individu lain, yang juga bekerja di taman tersebut.

'Menurut kenyataan itu lagi, belum ada kes yang disahkan dilaporkan di negara itu.

Walaupun manusia boleh dijangkiti H5N1, kes seperti itu jarang berlaku dan para pegawai kesihatan sejagat berkata, risikonya terhadap manusia adalah rendah.

Brazil, negara pengeksport ternakan terbesar di dunia, melaksanakan langkah penuh berhati-hati, setelah mengesan virus H5N1 yang ringan pada burung-burung liar.

Jangkitan virus itu pada ternakan, mendedahkan negara itu kepada risiko ke atas eksport ayam yang bernilai hampir AS$10 bilion ($13.5 bilion) di negara itu, kerana pengharaman bagi import ternakan boleh dikenakan oleh negara-negara pengimport. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg