Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Britain akan alami 50,000 kes Covid-19 baru sehari jika jangkitan tidak terkawal

Sep 21, 2020 | 10:02 PM
Beberapa orang dilihat sedang berjalan di London Bridge pada 21 September 2020. - FOTO: REUTERS
Beberapa orang dilihat sedang berjalan di London Bridge pada 21 September 2020. - FOTO: REUTERS -

LONDON: Britain akan menghadapi angka kematian yang meningkat secara mendadak akibat Covid-19 dalam beberapa minggu kecuali jika pemerintah Perdana Menteri Boris Johnson bertindak pantas untuk menghentikan gelombang kedua wabak ini, kata pegawai perubatan negara itu pada Isnin (21 Sep).

United Kingdom sudah mempunyai jumlah kematian Covid-19 yang terbesar di Eropah - dan yang kelima terbesar di dunia.

Di negara itu, bilangan kes Covid-19 baru meningkat sekurang-kurangnya 6,000 setiap hari, menurut data mingguan, jumlah pesakit yang masuk ke hospital turut meningkat dua kali ganda setiap lapan hari.

Ketua pegawai perubatan pemerintah Britain, Encik Chris Whitty dan ketua penasihat saintifik, Encik Patrick Vallance, memberi amaran bahawa jika keadaan ini dibiarkan, kadar jangkitan wabak itu akan mencapai 50,000 kes baru setiap hari pada pertengahan Oktober di United Kingdom. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg