Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Britain akan laksana perintah kuarantin

May 9, 2020 | 2:30 PM
TINGKAT LANGKAH: United Kingdom memberitahu syarikat penerbangan ia akan melaksanakan perintah kuarantin ke atas mereka yang tiba di negara itu.
TINGKAT LANGKAH: United Kingdom memberitahu syarikat penerbangan ia akan melaksanakan perintah kuarantin ke atas mereka yang tiba di negara itu. - - Foto: FAIL

LONDON: Syarikat penerbangan di United Kingdom menyatakan mereka telah diberitahu oleh kerajaan bahawa ia akan memulakan langkah kuarantin 14 hari ke atas sesiapa yang tiba di negara itu, selain Republik Ireland, sebagai respons terhadap pandemik koronavirus.

Langkah sekatan terbaharu itu dijangka berkuatkuasa pada akhir bulan ini.

Badan industri penerbangan, Airlines UK berkata, dasar itu memerlukan "pelan keluar yang baik" dan ia harus disemak setiap minggu.

Orang yang tiba di UK - meliputi Scotland, Wales, England dan Ireland Utara - perlu menjalani kuarantin di kediaman privet.

Sumber kerajaan dan penerbangan ditukil BBC News sebagai menyatakan kuarantin bermakna orang harus memberikan alamat di sempadan.

Tidak jelas berapa lama sekatan perjalanan yang baharu ini akan dilaksanakan dan sama ada penduduk bukan UK dibenarkan untuk inap di kediaman privet.

"Kami perlu mengetahui butiran yang mereka sarankan," kata Airlines UK, yang mewakili British Airways, EasyJet dan lain-lain syarikat penerbangan yang berpangkalan di UK, menurut satu kenyataan. - BBC News.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg