SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Britain 'berkurung'

Britain 'berkurung'

Jan 6, 2021 | 5:30 AM

Britain 'berkurung'

USAHA LAMBATKAN KENAIKAN KES COVID-19: Sebuah keluarga di Liverpool, England berhimpun di depan televisyen untuk menonton ucapan Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengenai perintah kawalan baru kelmarin. - Foto AFP
USAHA LAMBATKAN KENAIKAN KES COVID-19: Sebuah keluarga di Liverpool, England berhimpun di depan televisyen untuk menonton ucapan Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengenai perintah kawalan baru kelmarin. - Foto AFP -

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson kelmarin memerintahkan England untuk menjalani perintah kawalan baru dalam usaha melambatkan kenaikan kes Covid-19 yang mengancam bahagian-bahagian terbeban sistem kesihatan sebelum program vaksin sampai kepada khalayak ramai.

Encik Johnson berkata varian koronavirus baru yang lebih berjangkit sedang merebak dengan pantas dan tindakan segera diperlukan untuk melambatkannya.

"Sedang saya bercakap kepada anda malam ini, hospital-hospital kita berada di bawah lebih tekanan akibat Covid berbanding masa-masa sejak bermulanya pandemik ini," kata Encik Johnson dalam ucapan kepada negara yang disiarkan di televisyen, dengan beliau mengetepikan pendekatan daerahnya untuk melawan wabak ini.

"Dengan sebahagian besar negara kini di bawah langkah ekstrem, ia jelas bahawa kita perlu melakukan lebih banyak bersama untuk mengawal varian baru ini.

"Kita lantas harus menjalani perintah kawalan negara, yang cukup sukar untuk mengekang varian ini. Ini bermakna pemerintah sekali lagi memerintah anda untuk duduk di rumah."

Encik Johnson berkata langkah-langkah itu termasuk penutupan sekolah mulai semalam dan peraturan yang memerlukan kebanyakan orang duduk di rumah selain membeli-belah barangan penting, bersenam dan pengecualian terhad yang lain.

Beliau berkata sekiranya jadual waktu program pemvaksinan berjalan seperti dirancang dan jumlah kes dan kematian bertindak balas terhadap langkah-langkah perintah kawalan seperti yang dijangkakan, berkemungkinan negara itu boleh keluar daripada perintah kawalan pada pertengahan Februari.

Namun, beliau memberi amaran mengenai jadual waktu itu.

Sedang Britain bergelut dengan jumlah kematian keenam tertinggi di dunia dan jumlah kes mencapai tahap baru, ketua pegawai perubatan negara itu mengatakan penyebaran Covid-19 berisiko membebankan bahagian-bahagian sistem kesihatan dalam masa 21 hari.

Kenaikan kes itu disebabkan varian baru Covid-19, kata pihak berkuasa, dan sementara mereka akur bahawa wabak merebak lebih cepat daripada yang dijangkakan, mereka berkata tempoh panjang ini juga akan berakhir dengan pemvaksinan.

Pemerintah Encik Johnson sebelum ini menyebutnya sebagai "kemenangan" saintifik ketika Britain menjadi negara pertama di dunia untuk mula memvaksin penduduknya dengan vaksin Covid-19 Universiti Oxford dan AstraZeneca.

Pesakit dialisis Encik Brian Pinker, 82 tahun, kelmarin menerima pemvaksinan pertama di luar percubaan.

"Saya sangat gembira untuk dapat vaksin Covid hari ini dan sangat bangga bahawa ia yang dicipta di Oxford," kata pengurus penyelenggaraan yang telah bersara itu, yang berada hanya beberapa ratus meter dari mana vaksin tersebut dibangunkan.

Namun, walaupun dengan pemvaksinan dimulakan, jumlah kes Covid-19 dan kematian terus meningkat.

Lebih 75,000 orang di United Kingdom meninggal dunia akibat Covid-19 dalam 28 hari diuji positif sejak permulaan pandemik.

Kelmarin, rekod 58,784 kes baru koronavirus dilaporkan. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg