Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GELOMBANG HABA DI EROPAH

Britain dijangka alami suhu tertinggi, kebakaran melanda selatan Eropah

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



MADRID/LISBON: Britain dijangka mengalami suhu tertinggi dalam sejarahnya, sedang anggota bomba melawan kebakaran di banyak kawasan selatan Eropah dengan gelombang panas melanda benua itu.



Di Sepanyol, kebakaran hutan melanda sebuah padang dan membakar sebuah jengkaut berhampiran bandar utara Tabara, memaksa pemandunya melarikan diri sedang api membakar pakaian di belakangnya.



Di Portugal pula, separuh bandar Murca terbakar dan mayat sepasang warga emas yang cuba melarikan diri ditemui dalam "kenderaan yang hangus sama sekali", kata mayor kawasan itu kepada penyiar tempatan SIC.



Di selatan Eropah terdapat beberapa petanda keadaan mula reda selepas beberapa hari mencapai paras suhu tertinggi yang telah menyebabkan ratusan kematian dan menyebabkan kawasan luar bandar menjadi amat kering, kata pihak berkuasa.



Namun, gelombang haba dilaporkan telah bergerak ke utara Eropah.



Belgium dan Jerman menjangka gelombang haba akan melanda mereka dalam beberapa hari mendatang, manakala suhu diramal mencecah 40 darjah Celsius semalam selepas mencecah 38 darjah Celsius di selatan England pagi kelmarin, menurut Pejabat Kaji Cuaca (Met) Britain.



Syarikat kereta api Britain membatalkan perkhidmatan sedang beberapa sekolah ditutup, sementara pegawai kerajaan menggesa orang ramai supaya jangan keluar rumah.



Kerajaan Britain juga mengeluarkan amaran "kecemasan negara".



Selain itu, penerbangan digantung di lapangan terbang Luton selepas kakitangan mengenal pasti adanya "masalah pada landasan".



Cuaca panas telah mencairkan landasan di pangkalan udara Brize Norton Tentera Udara Diraja, lapor Sky News.



Penjualan kipas elektrik, unit penyaman udara dan perenjis air meningkat, kata peruncit.



"Kami berharap kita tidak akan sampai ke situasi ini tetapi buat kali pertamanya kami meramalkan lebih tinggi daripada 40 darjah Celsius di Britain," kata saintis iklim di Pejabat Kaji Cuaca (Met), Dr Nikos Christidis.



"Perubahan iklim telah mempengaruhi kemungkinan suhu ekstrem di Britain.



"Peluang melihat 40 darjah Celsius di Britain boleh meningkat sebanyak 10 kali lebih berkemungkinan dalam iklim semasa, berbanding di bawah iklim semula jadi yang tidak terjejas oleh pengaruh manusia," katanya.



Sementara itu, kebakaran hutan melanda Portugal, Sepanyol dan Perancis dan pihak berkuasa memberi amaran terdapat risiko lebih banyak kebakaran apabila keadaan kering berterusan.



Sepanyol menghadapi beberapa hari terakhir gelombang haba selama lebih seminggu, yang telah menyebabkan lebih 510 kematian berkaitan haba, menurut anggaran Institut Kesihatan Carlos III.



Di El Pont de Vilomara di wilayah Catalonia, mangsa yang dipindahkan berkumpul di luar sebuah pusat sivik, antaranya pesara, Encik Onofre Munoz, 69 tahun, yang berkata rumah dan vannya telah musnah.



"Kami membeli van itu ketika saya bersara dan kini ia hangus sama sekali. Kami tidak mempunyai apa-apa," katanya.



Perancis telah mengeluarkan amaran merah - tahap tertingginya - di beberapa wilayah, dengan penduduk digesa "amat berwaspada".



Di Italy, kebakaran lebih kecil telah mula marak dan peramal menjangka suhu melebihi 40 darjah Celsius di beberapa wilayah dalam beberapa hari akan datang.



Switzerland juga mengalami kesan gelombang haba.



Axpo, pengendali loji nuklear Beznau, menyatakan ia terpaksa mengurangkan pengeluaran supaya ia tidak memanaskan sungai Aare tempat ia mengambil air penyejuknya. - Reuters.




 "Kami berharap kita tidak akan sampai ke situasi ini tetapi buat kali pertamanya kami meramalkan lebih tinggi daripada 40 darjah Celsius di Britain... Perubahan iklim telah mempengaruhi kemungkinan suhu ekstrem di Britain."
- Dr Nikos Christidis, saintis iklim di Pejabat Kaji Cuaca (Met).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >