Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain dijangka luluskan vaksin AstraZeneca sedang jangkitan terus naik

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Britain dijangka meluluskan vaksin Covid-19 yang dihasilkan AstraZeneca dan universiti ulung dunia Universiti Oxford. Langkah itu akan melengkapi negara itu dengan 'peralatan' lebih baik dalam usaha melawan penularan pandemik tersebut.



Pihak berkuasa Britain yang bertanggungjawab meluluskan penggunaan vaksin tersebut dijangka memberi keizinannya seawal minggu ini, menurut sumber.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AstraZeneca Pascal Soriot dan pegawai berkuasa Britain sebelum ini dilaporkan meluahkan harapan kelulusan itu dikeluarkan sebelum hujung tahun ini.



Kelulusan itu dijangka tiba selepas tiga minggu Britain menjadi negara Barat pertama mengenalkan vaksin kepada rakyat. Mereka menggunakan vaksin yang dihasilkan Pfizer dan BioNTech. Kini, lebih 600,000 warga Britain sudah disuntik dengan vaksin itu.



Namun, kes jangkitan tetap meningkat, terutama dengan timbulnya varian baru virus tersebut, yang dipercayai lebih mudah dijangkiti berbanding varian lama.



Oleh itu, pihak berkuasa menghentikan rancangan melonggarkan peraturan sambutan Hari Krismas, bahkan mengenakan sekatan keluar masuk lebih ketat di serata negara.



Langkah pengawalan itu dijangka dilonggarkan lewat Februari sehubungan dengan kelulusan vaksin AstraZeneca-Oxford. Vaksin itu akan disuntik ke dalam tubuh 15 juta warga berisiko, menurut laporan media.



Sejurus vaksin itu dikenalkan kepada orang ramai, tekanan ke atas khidmat kesihatan negara akan dikurangkan.



Dalam pada itu, Agensi Kawalan Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) akan memerlukan masa untuk menilai data vaksin, ujar Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial menerusi satu kiriman e-mel.



Jurucakap MHRA dan AstraZeneca enggan mengulas.



Vaksin AstraZeneca lebih mudah dibawa dan disimpan di mana-mana berbanding vaksin Pfizer-BioNTech. Contohnya, vaksin AstraZeneca hanya memerlukan penyimpanan dalam bekas suhu persis peti sejuk berbanding melalui proses sejuk beku menyeluruh, malah lebih murah dihasilkan.



Disebabkan harganya yang lebih rendah, banyak negara membangun berserta Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) cenderung memeterai perjanjian mendapatkan bekalannya.



Bulan depan, pusat vaksinasi massa akan ditubuhkan oleh pihak berkuasa di lokasi seperti stadium dan pusat persidangan.



Sekolah juga mungkin ditutup bagi membendung penularan varian baru Covid-19.



Britain antara negara di Eropah yang paling teruk dilanda pandemik itu, dengan 70,000 kematian. Antara negara lain yang teruk terjejas termasuk Italy. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >