Topik diikuti
Pergi ke BHkuBritain jangka lucut kerakyatan warga yang kahwin pejuang ISIS
Premium
Britain jangka lucut kerakyatan warga yang kahwin pejuang ISIS
Britain jangka lucut kerakyatan warga yang kahwin pejuang ISIS
MUNGKIN HILANG KERAKYATAN: Pada 2015, Shamima Begum, yang berasal dari Bethnal Green di timur London, menarik perhatian dunia dia pergi ke Syria bersama dua rakan sedarjahnya ketika itu berusia 15 tahun. - REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Feb 21, 2019 | 5:30 AM
LONDON: Kerajaan British telah memberitahu keluarga Shamima Begum, wanita berusia 19 tahun yang pergi ke Syria untuk berkahwin dengan seorang pejuang kumpulan militan ISIS empat tahun lalu, bahawa ia merancang membatalkan kewarganegaraannya, menurut peguam keluarga remaja itu.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam berkenaan, Cik Tasnime Akunjee, keluarga Shamima berkata mereka "sangat kecewa akan rancangan Pejabat Dalam Negeri hendak memastikan satu arahan dibuat agar Shamima kehilangan kewarganegaraannya".
