Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Britain kenakan kawalan tertinggi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Britain kenakan kawalan tertinggi

Dec 17, 2020 | 05:30 AM

LONDON: Britain mengetatkan perintah kawalan ke peringkat tertinggi di London hari ini dalam usaha mengawal pandemik Covid-19 menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

Memasuki fasa peringkat ketiga, perintah kawalan di bandar raya itu membabitkan penutupan operasi pawagam, teater, pub dan restoran, namun perkhidmatan bawa pulang dibenarkan.

Langkah itu juga melarang warga London bersosial dengan kelompok luar daripada isi rumah mereka dan mengehadkan hanya enam orang dibenarkan bertemu di tempat awam.

Ini berikutan langkah Setiausaha Kesihatan Britain, Encik Matt Hancock, kelmarin memberi amaran mengenai peningkatan mendadak kes harian Covid-19 dan kemasukan ke hospital di London.

"Tindakan ini sangat perlu dilakukan bukan hanya untuk menjaga keselamatan rakyat tetapi kita melihat ia langkah pencegahan awal yang dapat mengurangkan kesulitan dan masalah jangka panjang," katanya kepada Parlimen.

Beliau berkata, kes Covid-19 yang berganda setiap tujuh hari di kawasan tertentu di London, tidak memberi gambaran baik di sebalik harapan terhadap kejayaan kempen vaksin di negara itu bermula minggu lalu.

Britain menamatkan perintah berkurung selama empat minggu pada 2 Disember lalu dan kerajaan itu memperkenalkan sistem perintah kawalan bersasar untuk mengurangkan kadar jangkitan.

Kerajaan negara itu berada dalam tekanan selepas didesak menilai semula Pelan Krismas, yang sedia memberi kelonggaran pergerakan selama lima hari untuk perjalanan sempena sambutan itu dan ziarah membabitkan sehingga tiga keluarga.

Jurnal Perubatan British dan Jurnal Perkhidmatan Kesihatan semalam, pula memberi amaran rancangan itu akan membebani Perkhidmatan Kesihatan Nasional negara itu.

"Daripada melonggarkan sekatan ketika Krismas seperti dirancang, kerajaan sepatutnya mencontohi Jerman, Italy dan Belanda yang mengambil langkah lebih berhati-hati," katanya.

Menteri, Encik Steve Barclay, sebelum ini dilaporkan berkata, semua tindakan sudah disemak dan mendesak rakyat supaya mengehadkan aktiviti ketika kunjungan ke rumah keluarga sepanjang cuti perayaan itu.

Britain antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik itu dengan 65,000 kematian direkodkan daripada 1.9 juta kes positif Covid-19. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3