Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Britain kenakan sekatan baru ke atas tentera Myanmar

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Britain mengumumkan sekatan baru terhadap tentera Myanmar, setahun selepas tindakan kerasnya terhadap penunjuk perasaan menyusuli satu rampasan kuasa tahun lalu.



Langkah itu diambil beberapa hari selepas Washington membuat kesimpulan tentera Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum minoriti Rohingya, yang kebanyakannya Muslim.



Setiausaha Rendah Amerika bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan, Encik Brian Nelson, berkata dalam satu kenyataan kekejaman dan penindasan tanda kekal pemerintahan rejim tentera Myanmar.



"Perbendaharaan komited meletak pihak bertanggungjawab bagi keganasan dan penindasan berterusan," katanya.



Sekatan Washington menyasarkan Brigadier Jeneral Ko Ko Oo, Mejar Jeneral Zaw Hein dan Divisyen Infantri Ringan ke-66, yang didakwa Amerika melakukan pembunuhan beramai-ramai Disember lalu, dengan orang awam ditawan, diseksa dan dibunuh, termasuk beberapa dilaporkan dibakar hidup-hidup oleh askar.



Tiga individu dan dua syarikat turut dikenakan sekatan kerana membekalkan senjata kepada tentera Myanmar.



London pula menyasarkan ketua tentera udara baru dan ahli perniagaan Myanmar yang dilantik sebagai Konsul Kehormat Belarus serta ahli perniagaan dan firma yang disekat Amerika.



Menteri Asia Britain, Cik Amanda Milling, berkata tentera Myanmar tidak menunjukkan tanda akan menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Myanmar yang meneruskan perjuangan demokrasi.



"Sekatan ini menyasarkan pihak yang memainkan peranan penting dalam membekal tentera dengan senjata yang memudahkan penderaan ini di seluruh negara itu," katanya.



Langkah itu dibuat sedang negara Barat banyak menghukum tentera Myanmar kerana rampasan kuasa Februari 2021 yang menyaksikan ketua negara itu yang dilantik secara demokratik, Cik Aung San Suu Kyi, diguling, dan keganasan terhadap kaum Rohingya pada 2016 dan 2017.



Washington awal minggu ini mengisytiharkannya sebagai percubaan melenyapkan kaum minoriti Muslim itu.



Ia diumumkan sekitar sambutan ulang tahun setahun pembunuhan tentera ke atas beberapa penunjuk perasaan ketika bantahan pada Hari Angkatan Tentera tahunan Myanmar. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >