Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Britain lancar serangan udara sasar Houthi di Yaman

Jan 12, 2024 | 02:13 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Britain pada 11 Januari telah melancarkan serangan terhadap sasaran yang dikaitkan dengan pergerakan Houthi di Yaman – yang pertama terhadap kumpulan yang disokong Iran itu sejak ia mula menyasarkan perkapalan antarabangsa di Laut Merah akhir tahun 2023.


Serangan itu melibatkan jet pejuang dan peluru berpandu Tomahawk, kata beberapa media Amerika.

Namun, pegawai Amerika termasuk Pentagon tidak segera mengesahkan laporan itu ketika dihubungi AFP.


Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata pada 10 Januari bahawa serangan itu dilakukan dengan sokongan Australia, Bahrain, Canada dan Belanda.

Serangan itu adalah sebagai “tindak balas langsung terhadap serangan Houthi yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap kapal maritim antarabangsa di Laut Merah”, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

“Serangan ini telah membahayakan kakitangan Amerika, pelaut awam dan rakan kongsi kami, menjejaskan perdagangan serta mengancam kebebasan pelayaran,” kata kenyataan itu.

Encik Biden berkata bahawa beliau “tidak akan teragak-agak” untuk mengarahkan langkah selanjutnya untuk melindungi orang ramai dan aliran bebas perdagangan.

Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, berkata Tentera Udara Diraja Britain, bersama Amerika, telah melakukan serangan bersasar terhadap Houthi.

Beliau menambah bahawa tentera laut negaranya akan terus membuat rondaan di Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi berbilang negara untuk menghalang pencerobohan Houthi.


Britain akan sentiasa mempertahankan kebebasan pelayaran dan aliran bebas perdagangan, tambahnya.


Seorang pegawai Houthi mengesahkan “serbuan” di seluruh negara, termasuk ibu negara Sanaa, bandar Saada dan Dhamar, serta di wilayah Hodeidah, menggelarnya sebagai “pencerobohan Amerika-Zionis-Britain”.

Serangan yang berterusan adalah salah satu demonstrasi paling dramatik setakat ini mengenai meluasnya perang Israel-Hamas di Timur Tengah sejak Oktober.

Saksi memberitahu Reuters bahawa serbuan pada 10 Januari menyasarkan pangkalan tentera bersebelahan dengan lapangan terbang Sanaa, kem tentera berhampiran lapangan terbang Taiz, pangkalan tentera laut Houthi di Hodeidah dan kem tentera di wilayah Hajjah.


Washington menyelaras satu gabungan set antarabangsa pada Disember, dikenali sebagai “Operasi Penjaga Kemakmuran’ bagi menjaga keamanan laluan trafik maritim di perairan digunakan 12 peratus daripada dagangan dunia.


Sejumlah 12 negara menyertai gabungan diterajui Amerika itu dan memberi amaran kepada Houthi supaya menghentikan serta-merta serangan terhadap kapal dagang atau menghadapi akibatnya.

Namun, pada 8 Januari, Houthi melancarkan apa yang disebut London sebagai serangan terhebat mereka, memaksa Amerika dan Britain menembak jatuh 18 dron dan tiga peluru berpandu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa semua serangan di Laut Merah dihentikan serta-merta, dengan amaran ia semakin mengancam kestabilan dan keselamatan serantau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >