Topik diikuti
Pergi ke BHkuBritain lancar strategi baru perangi ideologi militan
Izinkan ibu bapa rampas pasport remaja, halang golongan yang pernah terlibat dengan pengganas berkhidmat dengan kanak-kanak

Oct 20, 2015 | 5:30 AM
Britain lancar strategi baru perangi ideologi militan
LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, akan melancarkan strategi baru memerangi ideologi militan dan menghalang golongan muda Britain ke Syria.
Langkah utama dalam rancangan itu termasuk membenarkan ibu bapa merampas pasport daripada remaja berusia 16 dan 17 tahun dan menghalang mereka yang pernah didakwa terlibat dengan pengganasan daripada berkhidmat dengan kanak-kanak dan mereka yang mudah dipengaruhi.