Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Britain letak tentera dalam siap sedia kerana pembelian panik jejas bekalan minyak

Sep 29, 2021 | 5:30 AM
BERATUR PANJANG: Amaran tentang kekurangan bekalan minyak akhir minggu lalu menyebabkan pembelian panik, dengan barisan panjang kereta menunggu berjam-jam untuk mengisi minyak. - Foto REUTERS
BERATUR PANJANG: Amaran tentang kekurangan bekalan minyak akhir minggu lalu menyebabkan pembelian panik, dengan barisan panjang kereta menunggu berjam-jam untuk mengisi minyak. - Foto REUTERS -

LONDON: Kerajaan Britain meletak tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga sebagai sebahagian langkah mengatasi krisis rantaian bekalan yang menyebabkan kedai minyak serata negara menjadi kering dek pembelian panik oleh pemilik kenderaan.

Langkah mengerahkan tentera itu diambil setelah berlaku kekurangan pemandu trak meluas, menyebabkan masalah bekalan serius bagi peruncit dan restoran sepanjang beberapa bulan lalu kerana banyak bekalan minyak belum sampai ke kedai minyak.

Satu amaran tentang kekurangan bekalan minyak akhir minggu lalu menyebabkan pembelian panik, dengan barisan panjang kereta menunggu berjam-jam untuk mengisi minyak, mengakibatkan kedai minyak di bandar serata Britain kering.

Kerajaan telah mengumumkan rancangan mengeluarkan visa sementara kepada 5,000 pemandu trak asing, menggantung undang-undang persaingan dan menarik bekas pemandu trak kembali semula ke industri itu sebagai sebahagian langkah mengatasi kekurangan tenaga kerja.

Ia berkata ia sedang meletak sebilangan kecil pemandu tangki minyak tentera pada tahap berjaga-jaga untuk dikerahkan jika perlu.

"Sedang industri bahan pembakar menjangka permintaan kembali ke paras biasa dalam beberapa hari mendatang, adalah tepat kami mengambil langkah berjaga-jaga ini," kata menteri perniagaan Kwasi Kwarteng kelmarin.

"Jika perlu, pengerahan anggota tentera akan menyediakan keupayaan tambahan kepada rantaian bekalan sebagai langkah sementara bagi membantu meringankan tekanan yang disebabkan kenaikan permintaan bahan bakar."

Pemandu tangki minyak tentera akan mendapat latihan khusus sebelum dikerahkan.

Permintaan bagi minyak bermakna 50 hingga 90 peratus pam minyak kering di beberapa kawasan di Britain, menurut Persatuan Peruncit Petrol.

Pihak industri minyak mengatakan tidak ada masalah kekurangan minyak, sebaliknya masalah mengangkut petrol dan diesel ke kedai minyak.

"Memandangkan banyak pengguna kereta sekarang menyimpan lebih banyak minyak daripada biasa, kami menjangka permintaan kembali ke paras biasa dalam beberapa hari mendatang, mengurangi tekanan terhadap kedai minyak.

"Kami menggesa semua orang supaya membeli minyak seperti biasa," kata satu kenyataan bersama beberapa syarikat minyak. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg