Topik diikuti
Pergi ke BHkuBritain mulakan proses keluar daripada Kesatuan Eropah
Premium
Britain mulakan proses keluar daripada Kesatuan Eropah
Mar 15, 2017 | 5:30 AM
Britain mulakan proses keluar daripada Kesatuan Eropah
BANGKANG: Penunjuk perasaan menayangkan kain rentang menyokong pindaan bagi memastikan status sah rakyat Kesatuan Eropah (EU) di luar Dewan Parlimen di London. Perdana Menteri Britain Theresa May bimbang Parlimen akan menghalang beliau melaksanakan langkah keluar daripada EU, tetapi berjaya meneruskan rancangan itu selepas pembangkang gagal dalam usul mereka. - Foto AFP -
LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May berjaya menempuh halangan terakhir bagi permulaan rundingan Brexit semalam selepas Parlimen meluluskan undang-undang yang memberinya kuasa memulakan proses keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).
Anggota Dewan Rakyat Parlimen mengundi menolak perubahan kepada rang undang-undang yang dibuat oleh Dewan Tinggi awal bulan ini, selepas kerajaan berhujah ia memerlukan kebebasan beroperasi tanpa sekatan bagi mendapatkan perjanjian yang baik.
