Topik diikuti
Pergi ke BHkuBritain secara rasmi mula proses keluar EU
Mar 30, 2017 | 5:30 AM
Britain secara rasmi mula proses keluar EU
LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, secara rasmi memulakan proses perpisahan Britain daripada Kesatuan Eropah (EU), tindakan yang digelar Brexit.
Selepas menandatangani surat bersejarah yang akan dengan rasminya memulakan proses Brexit semalam, Cik May mengajak rakyat Britain supaya bersatu, sedang Parlimen Scotland mengundi bagi diadakan satu pungutan suara baru untuk kemerdekaannya daripada Britain.