Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain sekat guna kamera buatan China di bangunan utama

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Britain kelmarin telah mengarahkan jabatannya untuk menghentikan penggunaan kamera pengawasan keluaran China di bangunan sensitif kerana wujud kebimbangan berkaitan risiko keselamatan.



Keputusan itu dibuat selepas semakan semula "risiko keselamatan semasa dan bagi masa akan datang" berkaitan pemasangan sistem pengawasan visual di bangunan sekitar kerajaan Britain.



"Penelitian semula merumuskan bahawa, memandangkan ancaman terhadap United Kingdom (UK) dan peningkatan keupayaan dan rangkaian sambungan sistem ini, kawalan tambahan diperlukan," kata Menteri Pejabat Kabinet, Encik Oliver Dowden, dalam satu kenyataan bertulis kepada Parlimen.



Arahan British itu terpakai kepada kamera yang dikeluarkan oleh syarikat yang tertakluk kepada undang-undang keselamatan China dan termasuk panduan untuk jabatan bagi memutuskan sambungan peranti sedemikian daripada rangkaian komputer utama, selain mempertimbangkan untuk terus menghentikan penggunaannya.



Langkah itu diambil beberapa bulan selepas puluhan penggubal undang-undang menggesa larangan penjualan dan penggunaan kamera keselamatan yang dibuat oleh dua firma China - Hikvision dan Dahua.



Ini berikutan kebimbangan mengenai status produk syarikat itu yang dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia di China.



Dalam pada itu, Hikvision, dalam satu kenyataan kepada agensi berita Reuters menafikan dakwaan itu dan sebaliknya berkata, ia akan terus berusaha berbincang dengan pihak berkuasa British bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenai keputusan berkenaan.



"Hikvision tidak boleh menghantar data daripada pengguna akhir kepada pihak ketiga, kami tidak mengurus pangkalan data pengguna akhir, dan kami juga tidak menjual storan awan di UK," kata jurucakap syarikat itu.



Pejabat British Dahua bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang komen ketika dihubungi Reuters menerusi e-mel.



Amerika Syarikat (AS) sudah mengenakan sekatan perdagangan dan larangan penggunaan kamera keluaran Hikvision, Dahua dan firma China yang lain.



Kumpulan advokasi kerahsiaan peribadi, Big Brother Watch, pada Julai lalu, telah memaklumkan majoriti badan awam Britain menggunakan kamera pengawasan yang dikeluarkan oleh Hikvision atau Dahua. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >