Britain tarik balik kebanyakan sekatan Covid-19 pada 19 Julai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Britain tarik balik kebanyakan sekatan Covid-19 pada 19 Julai

Jul 7, 2021 | 5:30 AM

Britain tarik balik kebanyakan sekatan Covid-19 pada 19 Julai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TIDAK SEPENDAPAT?: Perdana Menteri Boris Johnson mendedahkan rancangan menarik balik sebahagian besar sekatan Covid-19 di England, termasuk pemakaian pelitup, mulai 19 Julai. Namun, satu tinjauan menunjukkan 71 peratus rakyat negara itu percaya pelitup harus terus diwajibkan dalam pengangkutan awam. - Foto REUTERS
TIDAK SEPENDAPAT?: Perdana Menteri Boris Johnson mendedahkan rancangan menarik balik sebahagian besar sekatan Covid-19 di England, termasuk pemakaian pelitup, mulai 19 Julai. Namun, satu tinjauan menunjukkan 71 peratus rakyat negara itu percaya pelitup harus terus diwajibkan dalam pengangkutan awam. - Foto REUTERS -

LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, mendedahkan rancangan menarik balik sebahagian besar sekatan Covid-19 di England, termasuk pemakaian pelitup dan penjarakan sosial, mulai 19 Julai, sambil menggesa tanggungjawab peribadi dan bukan pergantungan pada peraturan pemerintah.

Beliau pada awalnya berhasrat membuka semula sepenuhnya pada 21 Jun, tetapi melewatkan tarikh tersebut ekoran lonjakan varian Delta Covid-19 yang sangat berjangkit.

Varian itu kini membentuk hampir semua kes baru Covid-19 di Britain, dan dengan kadar jangkitan meningkat, mencetuskan kebimbangan.

Tetapi vaksinasi secara besar-besaran telah menghentikan kenaikan kemasukan ke hospital dan bilangan kematian.

"Pandemik ini belum selesai, ia pasti tidak akan berakhir pada 19 (Julai)," kata Encik Johnson kelmarin.

"Kita harus menerima hakikat akan ada lebih banyak kematian akibat Covid.

"Hanya ada satu sebab kita dapat bergerak ke depan... dalam keadaan di mana kita biasanya akan lakukan sekatan, ini kerana keberkesanan pemberian vaksin yang berterusan.

"Kami akan mengurangkan sekatan undang-undang dan membolehkan orang ramai membuat keputusan mereka sendiri," katanya.

Kira-kira 86 peratus penduduk dewasa Britain telah mendapat dos pertama vaksin Covid-19, dan 63 peratus telah mendapat dos kedua mereka.

Sebilangan media menyambut baik keputusan penarikan balik sekatan itu.

Tabloid The Sun meramalkan "pembukaan semula yang dinanti-nantikan " dan The Daily Telegraph pula menulis Encik Johnson "merobek sekatan Covid".

Namun, penekanan pemerintah bagi melebihkan keputusan peribadi itu disambut penuh bimbang oleh saintis, yang khuatir hospital dan petugas perubatan akan sekali lagi dibebankan jika varian Delta atau varian baru menular dengan serius.

"Membenarkan orang ramai membuat pilihan sendiri mengenai hal ini, secara efektif, menyerahkan kawalan keselamatan kesihatan kepada anggota masyarakat yang paling tidak berpengetahuan, paling tidak peduli dan benar-benar tidak berperasaan," kata Encik Peter English, mantan ketua Persatuan Perubatan Britain Jawatankuasa Perubatan Kesihatan Awam.

Ketua pegawai perubatan England Chris Whitty berkata beliau masih akan memakai pelitup "dalam keadaan apa pun di ruang dalaman dan sesak" atau "jika orang lain tidak selesa sebagai sikap kesopanan umum".

Dan beliau mengisyaratkan kemungkinan ketegangan antara saintis dan menteri, dengan mengatakan dalam satu sidang media: "Menteri memutuskan, penasihat memberi nasihat".

Sementara itu, satu tinjauan YouGov menunjukkan 71 peratus rakyat Britain percaya pelitup harus tetap diwajib dalam pengangkutan awam.

Ahli politik pembangkang pula memberi amaran bahawa Encik Johnson bergerak terlalu pantas.

Pemimpin parti Buruh, Encik Keir Starmer, berkata kepada wartawan bahawa keputusan "membuang semua perlindungan pada masa sama kadar jangkitan masih meningkat adalah tidak bertanggungjawab".

Britain melaporkan jumlah kematian koronavirus tertinggi di benua Eropah selepas Russia, iaitu lebih 128,000 jiwa, tetapi secara beransur-ansur mengurangkan sekatan pergerakan ketiganya, yang mula dilaksanakan Januari lalu. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg