Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain tolak tawaran tukar ganti jururawat Filipina dengan vaksin percuma

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



MANILA: Filipina akan membenarkan ribuan pekerja penjagaan kesihatannya, kebanyakannya jururawat, bekerja di Britain dan Jerman jika kedua-dua negara itu bersetuju mendermakan vaksin Covid-19, kata seorang pegawai rasmi kelmarin.



Kementerian Kesihatan Britain berkata ia tidak berminat dalam perjanjian sedemikian, dan keutamannya adalah untuk menggunakan vaksin di dalam negeri, namun berkata ia akan mengongsi lebihan vaksin di peringkat antarabangsa pada masa depan.



Filipina, yang mempunyai antara jumlah kes koronavirus tertinggi di Asia, telah melonggarkan sekatan dalam mengerahkan pekerja penjagaan kesihatannya ke luar negara, namun masih mengehadkan jumlah karyawan perubatan yang keluar negara kepada 5,000 orang setahun.



Alice Visperas, pengarah biro ehwal antarabangsa kementerian buruh, berkata Filipina terbuka untuk melonggarkan had itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan vaksin dari Britain dan Jerman, yang akan digunakan untuk memvaksin pekerja yang keluar negara dan ribuan warga Filipina yang kembali ke tanah air.



Jururawat merupakan kalangan jutaan warga Filipina yang bekerja di luar negara, memberikan lebih AS$30 bilion ($39.6 bilion) setahun dalam kiriman wang yang penting bagi ekonomi negara itu.



"Kami sedang mempertimbang permintaan untuk melonggarkan had pengerahan, tertakluk pada perjanjian," kata Visperas kepada Reuters.



Britain mempunyai kadar kematian koronavirus yang kelima tertinggi di dunia sementara Jerman mempunyai jumlah jangkitan yang ke-10 tertinggi di dunia.



Britain berkata terdapat tambahan 11,000 jururawat yang bekerja dalam Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) berbanding tahun lalu.



Ia berkata sementara ia berterima kasih kepada 30,000 warga Filipina yang bekerja bagi NHS, Britain tidak perlu memberikan vaksin sebagai tukar ganti untuk lebih ramai jururawat.



"Kami tiada rancangan bagi Britain menyetujui perjanjian vaksin dengan Filipina yang berkaitan dengan pengrekrutan lebih ramai jururawat," kata seorang jurucakap kementerian kesihatan, sambil menukil ikrar Boris Johnson untuk mengongsi lebihan vaksin pada hujung tahun ini.



"Kami telah mengesahkan bahawa kami akan mengongsi sebarang lebihan vaksin pada masa depan - contohnya, menerusi kumpulan pemerolehan antarabangsa COVAX," tambahnya.



Filipina mahu mendapatkan 148 juta dos vaksin sementara Britain telah memesan lebih 400 juta dos - enam kali lebih banyak berbanding jumlah penduduknya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >