Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BTS menari di pentas PBB, ajak anak muda selamatkan dunia

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Kumpulan pop sensasi Korea Selatan - BTS - mencatat sejarah tersendiri apabila berpeluang berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.



Kumpulan tujuh anggota itu terdiri daripada Jungkook, V, Park Ji-min, Suga, Jin, RM dan J-Hope dan berusia antara 24 hingga 29 tahun.



Ia dibentuk pada 2010 dan mula membuat penampilan pada 2013.



BTS, yang kelihatan segak mengenakan sut berwarna gelap, berkata mereka berharap dapat menarik orang muda untuk melihat bagaimana mereka dapat berusaha ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) - tanda aras PBB dalam menangani pelbagai krisis dunia hari ini yang dunia semakin jauh ketinggalan.



SDG termasuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh dunia menjelang 2030. Tetapi PBB mengatakan krisis Covid-19 memundurkan usaha itu beberapa tahun, dengan lebih 100 juta orang dimasukkan semula ke dalam kemiskinan dan kelaparan - di samping lebih 4.5 juta orang yang telah meninggal dunia.



Selepas ucapan mereka, BTS memainkan video prarakaman lagu mereka Permission to Dance, sambil menunjukkan tarian mereka kepada seluruh Perhimpunan Agung PBB. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >