Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Buang cucu tiri dari tingkat tiga: Lelaki 'punya masalah mental'

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang didakwa membuang cucu tirinya yang berusia empat tahun dari tingkat tiga sebuah bangunan pangsapuri di Kuala Lumpur mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, kata ahli keluarganya kepada polis.



Lelaki berusia 42 tahun itu, yang berasal dari Nigeria, dikatakan berada dalam keadaan marah pada pagi Ahad lalu setelah keluarganya menghalangnya merogol salah seorang anak tirinya di apartmen mereka di Danau Kota, Setapak.



Selepas memukul anggota keluarganya, dia dilaporkan melemparkan cucunya dari tingkap apartmen. Kanak-kanak itu mati di tempat kejadian, lapor The Star.



Tidak lama kemudian, suspek pula melompat dari tingkap yang sama namun terselamat daripada maut.



Dia ditahan oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.



Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi.



Dalam sidang media kelmarin, ketua polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin mengatakan ujian air kencing menunjukkan lelaki itu sedang dalam rawatan ubat.



"Juga difahamkan bahawa dia mempunyai beberapa masalah kesihatan mental.



"Belum ada rekod rawatan yang ditemui, tetapi rakan dan keluarganya telah mengatakannya," kata Datuk Saiful, sambil menambah bahawa suspek direman selama tujuh hari.



Tiga anggota keluarga, termasuk isteri suspek, masih dirawat di hospital.



Siasatan menunjukkan bahawa lelaki itu tinggal bersama isterinya yang merupakan warga Malaysia berusia 49 tahun dan anak mereka, empat anak tiri dan cucu tirinya.



Seorang jiran, yang enggan disebut namanya, berkata beliau terbangun pada pagi Ahad lalu setelah mendengar jeritan pertolongan seorang wanita.



"Saya mendengar bunyi kuat dan teriakan dan kemudian si isteri menjerit meminta tolong.



"Suami saya keluar untuk... membantu tetapi ketika kami melihat lelaki itu di luar pintu menoleh ke belakang, kami masuk ke dalam semula.



"Saya pernah melihat anak kecil itu sebelumnya. Ini sangat mengejutkan," ceritanya.



Seorang jiran lain, yang juga meminta namanya tidak disiarkan, menunjukkan wartawan darah yang kelihatan di tangga di luar unit pangsapuri itu, dikatakan daripada kecederaan yang dialami ahli keluarga suspek ketika mereka meninggalkan rumah mereka.



Kes tersebut telah diklasifikasikan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >