Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Buat penggambaran di lokasi tragedi: Dua kakitangan CNN ditahan

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Dua kakitangan media CNN telah ditahan di Udon Thani kerana didakwa menceroboh tempat kejadian pembunuhan beramai-ramai taska Nong Bua Lamphu kelmarin.



Wartawan Australia Cik Anna Coren, 47 tahun, yang membuat laporan dari dalam taska, dan jurukamera British Encik Daniel Hodge, 34 tahun, telah diiringi ke Balai Polis Na Klang, yang mempunyai bidang kuasa ke atas tempat kejadian.



Penangkapan dibuat selepas Presiden Pertubuhan Pentadbiran Daerah Uthai Sawan, Encik Danaichoke Boonsom failkan tuduhan terhadap CNN di Balai Polis Na Klang.



Danaichoke berkata, siaran CNN telah memberi kesan serius kepada penduduk tempatan, terutamanya saudara mara mangsa.



Kru CNN menyiarkan imej grafik dari dalam taska, menyebabkan kemarahan orang ramai dan tuduhan daripada media Thai bahawa ia telah melanggar etika kewartawanan.



Encik Danaichoke menambah bahawa saluran media dilarang daripada tempat kejadian jenayah yang serius melainkan dibenarkan masuk.



CNN mendakwa krunya menerima kebenaran daripada pegawai Thai untuk memasuki tempat kejadian, walaupun media Thai menafikan sebarang kebenaran diberikan.



Biro Imigresen juga telah membatalkan visa pelancong Coren dan Hodge, menjelaskan bahawa melaporkan tanpa visa media adalah satu kesalahan jenayah.



Timbalan Pesuruhjaya Biro Imigresen Encik Achayon Kraithong pula berkata mereka tidak layak bekerja di negara itu, lapor Bangkok Post.



Beliau berkata pencerobohan di tempat kejadian mungkin mengganggu bukti dan mengganggu kerja penyiasat, dan mereka boleh menghadapi pertuduhan lain.



Pasangan itu tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi Khamis lalu dan dibenarkan tinggal sehingga 19 November.



Mereka belum meninggalkan Thailand, tambah pegawai itu.



Ahad lalu polis Thailand mengedarkan video kru CNN memohon maaf kerana membuat penggambaran di dalam taska.



CNN dituduh menceroboh tempat kejadian di mukim Uthai Sawan, di mana seorang bekas polis berusia 34 tahun melancarkan serangan pistol dan pisau yang menyebabkan 36 maut, termasuk 24 kanak-kanak.



Siaran CNN menjadi tular dalam talian di tengah-tengah kontroversi mengenai cara saluran itu mendapat akses ke tempat kejadian untuk menyiarkan imej grafik termasuk kesan darah dan harta benda mangsa.



CNN mempertahankan kakitangan mereka dalam mesej Twitter pada hari Sabtu, mendakwa mereka telah menerima kebenaran daripada pegawai kesihatan awam Thai untuk memasuki tempat kejadian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >