Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuaya yang serang nelayan tumpas
Apr 16, 2015 | 5:30 AM
Buaya yang serang nelayan tumpas
SERIAN (Sarawak): Dua buaya sepanjang 4.3 meter dan 5.2 meter berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) bersama anggota polis di Kampung Sungai Reban, Batang Samarahan, Isnin lalu.
Tangkapan itu dibuat ekoran serangan reptilia berkenaan ke atas seorang nelayan, Encik Yusman Yusup, 32 tahun, pada 26 Mac lalu yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.