Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 11 tahun korban terkini kemalangan 'bouncy castle' di Tasmania

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



MELBOURNE: Seorang budak lelaki, 11 tahun, meninggal dunia semalam menyusuli kejadian permainan 'bouncy castle' empat hari lalu di negeri pulau Australia, Tasmania, membawa jumlah kematian akibat tragedi itu kepada enam kanak-kanak, kata polis.



Kanak-kanak itu jatuh 10 meter ke tanah selepas permainan 'bouncy castle' terangkat ke udara akibat tiupan angin ketika sambutan akhir tahun di sebuah sekolah rendah di Devonport di barat laut negeri itu Khamis lalu.



"Kami semua merasakan kehilangan yang dahsyat ini," kata Perdana Menteri Tasmania Encik Peter Gutwein di sidang media.



Tiga budak lelaki dan seorang budak perempuan berusia 12 tahun, dan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan berusia 11 tahun telah terkorban.



Dua kanak-kanak masih berada dalam keadaan kritikal, kata polis, dengan seorang lagi beransur pulih di rumah.



Polis berkata ia terlalu awal untuk mengatakan bila mereka akan selesai menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan perlu menghormati keluarga dan komuniti sekolah yang masih bersedih.



"Kami tidak mahu tergesa-gesa menyelesaikan siasatan, tapi kami juga faham bahawa masyarakat inginkan jawapan," kata Pesuruhjaya Polis Tasmania Encik Darren Hine kepada wartawan.



Negeri itu telah meminta bantuan daripada polis negeri New South Wales untuk membantu mewawancara kanak-kanak gred lima dan enam lain di acara itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >