Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 4 tahun hilang separuh kaki yang terperangkap di eskalator KL Sentral

Feb 10, 2016 | 04:02 PM



Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun kehilangan separuh kaki kirinya yang terputus setelah terperangkap di eskalator di KL Sentral pada Isnin (8 Feb).


Akhbar New Straits Times melaporkan bahawa budak itu, yang sedang beriadah bersama keluarganya, menaiki eskalator di tingkat satu itu untuk ke stesen KTM pada kira-kira 4 petang.


Kakinya terperangkap antara anak tangga dan panel logam di bahagian bawah.


Selepas dibebaskan, dia dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.


Para pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mencari bahagian kaki kanak-kanak itu yang terputius dan menjumpainya hanya kira-kira dua jam kemudian.


Menurut sumber-sumber yang dipetik akhbar The Star, kanak-kanak itu dalam keadaan stabil tetapi kakinya mungkin telah dipotong pada bahagian lutut.


KL Sentral telah menghentikan operasi eskalator tersebut sejak kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >