Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak 6 tahun diserang ikan jerung di akuarium pusat beli-belah di China

Jul 28, 2018 | 6:40 PM
SERANGAN JERUNG: Rakaman kamera keselamatan yang dimuat naik beberapa laman berita termasuk CCTV menunjukkan beberapa pengunjung menjauhkan diri semasa serangan itu berlaku.
SERANGAN JERUNG: Rakaman kamera keselamatan yang dimuat naik beberapa laman berita termasuk CCTV menunjukkan beberapa pengunjung menjauhkan diri semasa serangan itu berlaku. - Foto PEAR VIDEO

SEORANG budak perempuan di China mengalami kecederaan pada tangannya selepas satu kunjungan ke sebuah akuarium bertukar menjadi tragedi.

Wang Xiaoli, enam tahun, sedang menyaksikan ikan jerung dalam akuarium di sebuah pusat beli-belah di Guiyang City, Guizhou, Selasa lalu (24 Julai) apabila tangannya digigit jerung itu, menurut laman berita Guizhou People's Net.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Ortopedik Daerah Guizhou.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Xiaoli ditemani nenek, ibu saudara dan anggota keluarga lain ke pusat beli-belah tersebut.

Dia dilaporkan mengalami sembilan kesan gigitan di tangan kanannya, dengan luka terbesar sebesar 5 sentimeter.

Sementara itu, jari telunjuk dan kelengkengnya patah, dengan kecederaan meluas pada urat seluruh tangannya.

Ibu Xiaoli berkata anaknya hanya bersandar pada cermin akuarium yang atasnya terbuka itu dan tangannya tidak masuk ke dalam air.

Namun, seorang pengurus jualan pusat beli-belah itu berkata tangan Xiaoli menyentuh permukaan air.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg