Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 6 tahun lari rumah, dakwa didera bapa dan ibu tiri

Sep 15, 2023 | 11:05 AM



JEMPOL: Sepasang suami isteri ditangkap selepas dipercayai bertindak kejam mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan pada Selasa.

Difahamkan, nasib kanak-kanak malang itu hanya diketahui apabila dia melarikan diri dari rumahnya sebelum mengadu kepada orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai sekitar 2.30 petang bahawa terdapat seorang kanak-kanak yang lari dari rumah.

“Terdapat kesan luka pada badan kanak-kanak itu. Polis menyelamatkan mangsa dan membawanya ke Hospital Jempol bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu. Anak sulung daripada empat beradik itu dipukul ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, ditendang serta dirotan menggunakan senduk kayu,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat banyak kesan parut dan luka di seluruh badan mangsa.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami pelbagai kecederaan pada badan.

Bapa kandung berusia 27 tahun yang bekerja di kilang kayu dan ibu tiri berusia 31 tahun ditangkap pada hari sama.

Mereka direman untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >