Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak Australia 3 tahun terperangkap dalam mesin permainan

Feb 6, 2024 | 4:08 PM
Budak lelaki berusia 3 tahun di Queensland, Australia, terperangkap dalam mesin permainan ‘Hello Kitty’ setelah dia merangkak masuk untuk mencari hadiah pada 27 Januari.
Budak lelaki berusia 3 tahun di Queensland, Australia, terperangkap dalam mesin permainan ‘Hello Kitty’ setelah dia merangkak masuk untuk mencari hadiah pada 27 Januari. - Foto FACEBOOK/QUEENSLANDPOLICESERVICE

QUEENSLAND: Seorang budak lelaki berusia 3 tahun perlu dibebaskan pihak berkuasa setelah dia terperangkap dalam mesin permainan.

Menurut laporan media tempatan, budak tersebut merangkak masuk ke dalam mesin itu untuk mencari hadiah.

Kejadian itu berlaku pada 27 Januari, di mana mesin itu terletak di dalam salah satu pusat membeli-belah di Queensland.

Dalam satu video yang dimuat naik di Facebook polis Queensland pada 1 Februari, budak lelaki yang dikenali sebagai Ethan itu dilihat berada di dalam mesin permainan ‘Hello Kitty’.

Pihak polis ditukil sebagai berkata budak itu tidak meronta dan sebaliknya bermain dengan mainan di dalam mesin itu.

Ia menambah si cilik sedang bersiar-siar di pusat membeli-belah terbabit apabila dia merangkak masuk melalui sisi pengeluaran mesin.

Bapanya, Encik Timothy Hopper, berkata beliau sedang membeli barang runcit di pusat membeli-belah itu dan melepaskan anaknya buat seketika sahaja – beliau rasa terperanjat betapa pantas anaknya itu memasuki mesin tersebut.

Beliau menyifatkan anak lelakinya itu sebagai penggemar mesin mainan dan “rasa seronok” berada di dalam mesin kerana dia rasa dirinya “raja di dalam dunia boneka”.

Encik Hopper menjelaskan beliau menghubungi syarikat pengendali mesin permainan, yang turut bingung bagaimana kejadian itu terjadi.

“Mereka tanya berapa banyak duit saya telah letakkan dalam mesin? Respons saya adalah, anak saya terperangkap di dalam mesin, alangkah baiknya kalau saya boleh dapatkannya kembali,” seloroh beliau.

Video misi menyelamat Ethan menunjukkan si kecil tidak berasa gentar ketika disuruh untuk ke sudut mesin.

“Pihak polis memastikan Ethan berada dalam jarak yang selamat sebelum memecahkan gelas mesin untuk membebaskannya,” kata jurucakap polis Queensland. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg