SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Budak hilang zakar sepenuhnya dalam satu lagi kesilapan khatan di Malaysia

Budak hilang zakar sepenuhnya dalam satu lagi kesilapan khatan di Malaysia

Dec 30, 2016 | 9:27 AM

Budak hilang zakar sepenuhnya dalam satu lagi kesilapan khatan di Malaysia

Kanak-kanak pulang selepas satu majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Bandar Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur pada 11 Disember 2016.
Kanak-kanak pulang selepas satu majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Bandar Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur pada 11 Disember 2016. - GAMBAR AFP

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun kehilangan zakar dalam satu lagi kes kesilapan semasa disunat, iaitu kes kedua dalam seminggu.

Menurut peguam P. Uthayakumar, kepala zakar budak itu terputus sepenuhnya semasa dikhatankan menggunakan gunting di sebuah klinik di Jalan Ipoh pada 15 Dis.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk zakarnya dipasang semula. Bagaimanapun, pembedahan itu gagal dan zakarnya menjadi hitam, memaksa doktor memotong organ tersebut.

"Amat malang ini berlaku ke atas kanak-kanak itu. Dia begitu muda, dia tidak tahu apa yang berlaku," kata Encik Uthayakumar, yang akan mengadakan sidang media mengenai kes itu pada Jumaat (30 Dis).

Pada Selasa (27 Dis), dilaporkan zakar seorang budak lelaki berusia 10 tahun terpotong semasa dikhatankan menggunakan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama.

Menurut akhbar The Star, kejadian ini berlaku pada 20 Dis.

Doktor memberitahu ayah budak itu beliau terpotong kepala zakar anaknya.

Budak itu kemudian dirujuk ke HKL bagi pembedahan untuk memasang semula kepala zakarnya, yang dilaporkan berjaya. - The Star/Asia News Network

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg