SPH Logo mobile
Langgan|

Budak perempuan 9 tahun meninggal dunia akibat tercekik rambutan

Budak perempuan 9 tahun meninggal dunia akibat tercekik rambutan

Aug 23, 2023 | 5:46 PM

Budak perempuan 9 tahun meninggal dunia akibat tercekik rambutan

TERCEKIK RAMBUTAN: Mangsa, Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam meninggal dunia akibat salur pernafasan tersumbat.
TERCEKIK RAMBUTAN: Mangsa, Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam meninggal dunia akibat salur pernafasan tersumbat. - Foto PETUA LAMA

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata, mangsa, Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar 8 malam.

“Doktor di klinik berkenaan telah mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

“Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek,” katanya semasa dihubungi.

Deputi Superintenden Norzamri berkata, polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai meninggal secara mengejut.

Mangsa merupakan pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir,

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pada pagi Selasa. – Bernama

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg