Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak perempuan warga Australia berusia 4 tahun ditemui selepas pencarian 18 hari

Nov 03, 2021 | 05:12 PM



SYDNEY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang hilang dari tapak perkhemahan di Australia lebih dua minggu lalu ditemui dalam keadaan "hidup dan sihat" pada Rabu (3 Nov), kata polis.


Cleo Smith ditemui bersendirian dalam sebuah rumah yang dikunci di bandar Carnarvon, tidak jauh dari tempat dia dipercayai diculik 18 hari lalu, kata polis Australia Barat.


“Salah seorang pegawai mendukungnya dan bertanya kepadanya ‘siapa nama kamu?’,” kata timbalan pesuruhjaya polis Kolonel Blanch dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.


"Dia kata 'Nama saya Cleo'."


Polis menahan seorang lelaki dari Carnarvon untuk disoal siasat selepas memecah masuk ke dalam rumah itu sekitar 1 pagi waktu tempatan, kata Kolonel Blanch.


Kanak-kanak itu disatukan semula dengan ibu bapanya tidak lama kemudian.


Ibu Cleo, Cik Ellie Smith sebelum ini meluahkan kesedihannya apabila terjaga pada 6 pagi dan mendapati khemah keluarganya terbuka nak sulungnya hilang.


Pertemuan semula mereka berlaku selepas pencarian meluas di udara, laut dan darat yang menarik perhatian negara, mendorong ramai warga Australia berkongsi kegembiraan mereka di media sosial selepas penantian lebih dua minggu.


Pesuruhjaya polis Australia Barat Chris Dawson berkata pegawai menyoal siasat seorang lelaki berusia 36 tahun yang tidak mempunyai kaitan dengan keluarga kanak-kanak itu.


Tiada butiran lanjut dikeluarkan tentang punca sebenar kehilangannya atau cara dia dikesan.


Polis bulan lalu telah menawarkan A$1 juta ($1 juta) bagi maklumat yang boleh membawa kepada penemuan Cleo selepas dia dikhuatiri diculik dari khemah keluarganya di tapak perkhemahan Blowholes yang terpencil - kira-kira 1,000 kilometer utara Perth - pada 16 Oktober. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >