Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak terperangkap lepas 6 hari terjatuh dalam perigi buta

Nov 11, 2016 | 08:32 AM



BEIJING: Ratusan penyelamat sedang berjuang dengan masa untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta di bandar Baoding, Hebei, enam hari lalu, pada Ahad lalu (6 Nov).



Usaha menyelamatkan Zhao Zicong, enam tahun, terhalang apabila penyelamat mendapati perigi 40 meter dalam itu semakin sempit di bahagian bawahnya untuk mereka masuk.



Zicong sedang membantu bapanya menuai kubis apabila dia terjatuh ke dalam perigi tersebut, lapor Hebei News Network.



Pada Khamis (10 Nov), media tempatan melaporkan pihak berkuasa menggantung kerja mencari dan menyelamat dan membawa ibu bapa serta datuk Zicong untuk disoal siasat selepas gagal melihat budak itu di bahagian bawah perigi tersebut.



Tetapi ayahnya kemudian menafikan beliau ditahan.



Beijing News berkata polis mengiringi keluarga Zicong ke balai polis untuk membantu pegawai mengetahui susuk tubuh dan saiz budak itu bagi melakar rancangan menyelamatnya.



Lebih 500 penyelamat dan 100 jengkaut tiba di tempat kejadian selepas bapa Zicong membuat panggilan bagi bantuan pada Ahad di media sosial China, kata agensi berita rasmi Xinhua.



Memandangkan perigi seluas 30sm itu terlalu kecil untuk membolehkan orang dewasa turun, penyelamat melebarnya sambil mengepam oksigen, katanya.



Datuk Zicong memberitahu pemberita perigi itu telah kering dan terbiar lima tahun.



"Perigi ini tidak ditimbus semula dan tidak ditutup. Tidak ada tanda amaran diletak di sekitarnya," ujar beliau.



Pelbagai ambulans menunggu di tempat kejadian. Usaha menyelamat juga terjejas oleh keadaan tanah yang lembut dan berpasir, sekali gus terdedah pada keruntuhan



Seorang ketua pasukan penyelamat, Encik Pang Zhi, berkata pada Rabu mereka tidak mempunyai peralatan mengesan benda hidup dan terpaksa bergantung pada kamera inframerah bagi mencari kanak-kanak itu dalam kegelapan.



"Tetapi keadaan sangat berkabus di bawah perigi itu, kanta cepat menjadi kabur," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >