Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Buka kasino di Sarawak tidak salah: Menteri pelancongan

Rancangan bangun pusat peranginan Borneo Highlands merangkumi taman hiburan dan padang golf
Apr 25, 2023 | 05:30 AM



KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang juga seorang menteri Sarawak berpendapat tiada salahnya menubuhkan kasino di Sarawak kerana negeri itu milik rakyat pelbagai kaum dan agama.



Datuk Abdul Karim berkata pihak tertentu di Miri membantah cadangan membuka kasino atas alasan perjudian diharamkan oleh Islam.



Menurut laporan Malay Mail, katanya, beliau sebagai seorang Islam tidak akan ke kasino itu, namun tidak ada salahnya membuka kasino di negeri itu kerana Sarawak bukan hanya untuk orang Islam.



Beliau mengulas bantahan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak, Encik Jofri Jaraiee, yang berkata membuka kasino di negeri itu mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan, kerana boleh membawa kepada ketagihan judi yang boleh meruntuhkan keluarga dan masyarakat.



Datuk Abdul Karim berkata rancangan pembangunan pusat peranginan Borneo Highlands tidak terhad kepada kasino sahaja.



Ketika mengulas bantahan PAS terhadap cadangan kasino dalam projek itu, Datuk Abdul Karim berkata pusat peranginan itu akan merangkumi taman hiburan dan padang golf.



"Kasino mungkin menjadi sebahagian daripadanya," katanya, memetik laporan Malay Mail.



Beliau turut menyoal mengapa PAS hanya menentang kasino sedangkan terdapat pusat perjudian lain seperti nombor loteri 4D masih terdapat di negeri itu.



"Ini juga haram bagi orang Islam. Tetapi apabila kasino itu dipertikaikan, semua orang teruja tanpa menyedari bahawa kasino bukanlah satu-satunya perkara yang perlu didirikan di pusat peranginan Borneo Highlands.



"Tetapi tidak ada (salah) untuk menubuhkan kasino kerana Sarawak bukan hanya untuk orang Islam," katanya.



Jelasnya, perancangan akhir pusat peranginan itu terletak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.



Penyokong kepada idea penubuhan kasino telah berhujah bahawa penubuhan kasino itu akan memberi faedah kepada ekonomi kerana kerajaan akan mengenakan cukai kasino pada 35 peratus ke atas hasil perjudian kasar.



Malah, penubuhan itu juga akan membuka sejumlah besar peluang pekerjaan serta peluang lain.



Pengerusi Persatuan Melayu Miri (PMM), Encik Radzali Alision yang juga jurucakap kumpulan dan individu yang membuat bantahan, kenyataan ahli politik serta pihak lain yang menyokong kemungkinan penubuhan kasino di Borneo Highlands itu telah melahirkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk Islam di negeri tersebut.



Butiran pusat peranginan Borneo Highlands adalah terhad pada masa ini tetapi sekurang-kurangnya dua menteri kabinet Sarawak - Datuk Abdul Karim dan Datuk Roland Sanggah - secara terbuka menyatakan bahawa mereka tidak akan menolak kasino.



Datuk Roland menegaskan, sekiranya cadangan itu menjadi realiti, operasi pematuhan serta garis panduan tertentu haruslah dipatuhi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >