Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bung Moktar dan isteri Zizie Izette diarah bela diri atas pertuduhan rasuah

Sep 02, 2022 | 06:14 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan isteri, Cik Zizie Izette Abdul Samad diperintah oleh Mahkamah Sesyen pada 2 September untuk membela diri terhadap dua tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta ($875,271) semasa menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA pada Jun 2015.



Hakim Mahkamah Sesyen, Cik Rozina Ayob, yang membuat keputusan itu mendapati pihak

pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facies terhadap kededua pasangan suami isteri tersebut selepas seramai 30 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes yang bermula 2 Januari 2020.



Datuk Seri Bung Moktar, 64 tahun, yang juga Anggota Parlimen (AP) Kinabatangan itu dituduh atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.



Cik Zizie Izette, 44, pula diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama.



Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu dan isterinya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah daripada dalam kandang saksi dan akan memanggil 10 saksi termasuk mereka bermula pada 23 September ini.



Dalam penghakiman lisannya, Cik Rozina berkata beliau sedar dan berhati-hati bahawa

perunding unit amanah Public Mutual Berhad, Cik Madhi Abdul Hamid dan Cik Norhaili Ahmad

Mokhtar, telah memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bercanggah dengan keterangan mereka di mahkamah.



“Selepas pertimbangan sewajarnya, saya menerima bahagian lain daripada keterangan yang diberikan oleh mereka. Saya juga mengambil kira keterangan saksi pendakwaan lain dalam memerintahkan kededua tertuduh membela diri.



“Oleh itu, pihak pendakwaan telah membuktikan kesemua intipati pertuduhan untuk mewujudkan

kes prima facie. Anggapan di bawah Seksyen 50 Akta SPRM telah terpakai terhadap Bung (Datuk Seri) bahawa dia telah menerima wang itu sebagai suapan.



“Ada tiga pilihan (untuk dua tertuduh). Pertama, kekal berdiam. Kedua, memberi kenyataan tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh, dan ketiga untuk memberi kenyataan dengan mengangkat sumpah (dari kandang saksi), katanya.



Peguam M Athimulan kemudian memaklumkan Datuk Seri Bung Mokhtar dan Cik Zizie Izette memilih pilihan ketiga, iaitu memberi keterangan dari kandang saksi selepas mengangkat sumpah.



Datuk Seri Bung Mokhtar didakwa menerima rasuah daripada Cik Madhi melalui Cik Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.



Datuk Seri Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Cik Norhaili di bawah nama Cik Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.



Cik Zizie Izette, pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya

berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama.



Datuk Seri Bung Moktar didakwa di bawah Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.



Cik Zizie Izette yang juga pelakon didakwa di bawah Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >