Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bunuh kerat 8 di Melaka: Lelaki Singapura didakwa

Oct 24, 2019 | 06:08 PM



MELAKA - LELAKI warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis (24 Oktober) atas dua tuduhan membunuh isteri dan anak tiri, yang mayatnya ditemukan dikerat lapan berselerakan di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, pada 10 Oktober lalu.



Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.



Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Sepanjang prosiding, Shahrul Nizam yang memakai baju-T hitam dan seluar jeans dilihat hanya mendiamkan diri.



Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh isterinya, Cik Norfazera Bidin, 27 tahun, dan bagi pertuduhan kedua, dia dituduh membunuh anak tirinya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11 tahun.



Menurut laporan Harian Metro, dia didakwa melakukan pembunuhan itu di dalam rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, antara 9 malam pada 6 Oktober hingga 1 pagi, pada 7 Oktober lalu.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabit kesalahan.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.



Shahrul akan dihadapkan kembali ke mahkamah pada 16 Disember untuk sebutan kes yang seterusnya, sementara menunggu laporan bedah siasat.



Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa polis mengesahkan bahagian badan yang ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian dan ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong adalah milik Cik Norfazera dan Muhammad Iman.



Identiti mereka disahkan selepas pihaknya memperoleh keputusan rasmi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).



Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad tengah malam Isnin lalu (21 Oktober) di Tanah Perkuburan Islam Bertam-Malim.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >