Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bunuh kerat 8 di Melaka: Suspek warga Singapura bawa polis ke rumahnya, kepala mangsa atas bumbung

Oct 13, 2019 | 01:03 PM



MELAKA - Seorang lelaki warga Singapura yang disyaki membunuh dan mengerat mayat isteri dan anak tirinya hingga lapan bahagian, telah membawa polis ke rumah sewa teres dua tingkatnya di Taman Merdeka Jaya bagi menemukan kepala kededua mangsa di bumbung rumah. 



Anggota badan mangsa yang sudah reput itu dipercayai milik isterinya berusia 27 tahun dan anak lelakinya berumur 11 tahun. 



Mereka pertama kali dijumpai oleh seorang pemotong rumput di kawasan semak bersebelahan kawasan perindustrian, pada Khamis lalu (10 Oktober), lapor The Star.



Polis percaya kedua-dua mangsa telah mati dibunuh selama empat atau lima hari sebelum lapan bahagian anggota badan mereka - kecuali kepala dan tangan - ditemui. 



Suspek, 31 tahun, didakwa telah mengerat kededua mayat mangsa menggunakan sebilah parang dan kemudian membuang anggota badan itu di dua lokasi, menurut laporan The Straits Times.



Menurut laporan awal MyMetro, suspek ditahan reman selama seminggu bermula Sabtu (12 Oktober).



Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata pada Jumaat (11 Oktober) bahawa suspek ditahan dengan kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF).



Dalam satu kenyataan, SPF berkata adalah tidak sesuai bagi pihaknya untuk memberi sebarang komen lanjut kerana siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (RMP) masih dijalankan.



Dipercayai suspek telah bertengkar dengan isterinya berkaitan masalah keluarga, apabila dia menjadi ganas dan menikamnya dengan pisau dapur. Suspek kemudian memenggal kepala isterinya dengan parang, menurut akhbar Malaysia, China Press.



Suspek juga dituduh membunuh anak tiri lelakinya, yang merupakan antara empat anak tirinya, kerana menyaksikan pembunuhan ibunya itu. 



Suspek lalu menetak kepala dan tangan mangsa, dan membuang tangan mereka ke dalam tong sampah berhampiran rumahnya. 



Sehingga Sabtu (12 Okt), tangan-tangan itu masih tidak dapat ditemui. 



Anggota badan mangsa yang lain kemudian dibungkus ke dalam beberapa beg dan diangkut ke dalam kereta untuk dibuang.



Dikatakan anak bongsu mangsa wanita itu berada bersama suspek di dalam kereta ketika dia membuang anggota badan mangsa.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >