Bunyi roket penuhi ruang udara kurang 48 jam sebelum AS undur dari Aghanistan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bunyi roket penuhi ruang udara kurang 48 jam sebelum AS undur dari Aghanistan

Aug 31, 2021 | 5:30 AM

Bunyi roket penuhi ruang udara kurang 48 jam sebelum AS undur dari Aghanistan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
c4f96195-91b1-40af-bed9-5b5187659ed8
-

KABUL: Beberapa roket ditembak ke arah lapangan terbang Kabul hari ini, ketika tinggal kurang 48 jam sebelum Amerika Syarikat berundur sepenuhnya dari Afghanistan.

Menurut saksi dan anggota pasukan keselamatan, bunyi roket memenuhi ruang udara Kabul, yang turut didengari kakitangan AFP sebelum orang ramai mula keluar bekerja.

Seorang kakitangan keselamatan di bawah pentadbiran Afghanistan sebelum ini berkata roket berkenaan dilancarkan dari sebuah kenderaan di utara Kabul.

Bunyi penggera amaran sistem pertahanan peluru berpandu lapangan terbang juga didengari penduduk setempat, yang turut melaporkan serpihan peluru jatuh di jalanan, membuktikan kemungkinan ada roket yang berjaya dipintas.

Asap kelihatan berkepul meninggalkan bangunan di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai terletak.

Paparan di media sosial menunjukkan sebuah kenderaan terbakar, didakwa akibat serangan balas, namun tidak dapat disahkan kerana tiada butiran lanjut diperoleh.

Pemindahan warga asing dan rakyat Afghanistan yang khuatir menjadi mangsa balas dendam Taliban kerana bekerja dengan pasukan tentera bersekutu diketuai Amerika selama 20 tahun lalu, kini berada pada fasa akhir.

Operasi akan tamat sepenuhnya hari ini dengan pengunduran kumpulan terakhir anggota tentera Amerika.

Kumpulan Daesh, yang juga seteru utama Taleban, menjadi ancaman terbesar selepas melancarkan dua serangan pengebom berani mati minggu lalu mengorbankan lebih 100 nyawa termasuk 13 tentera AS

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, memberi amaran lebih banyak serangan mungkin dilancarkan, namun tetap dengan keputusan pengunduran sepenuhnya Amerika dari Afghanistan esok

Taleban bersiap sedia untuk mengambil alih operasi lapangan terbang Kabul selepas semua tentera asing meninggalkan negara ini menjelang hari ini.

Sumber Taleban memberitahu Reuters, pasukan jurutera dan teknisyen kumpulan itu sudah bersedia untuk menguruskan lapangan terbang berkenaan.

"Kami hanya menunggu kesemua tentera asing keluar dari Afghanistan untuk menguasai semula lapangan terbang Kabul," jelas sumber tersebut.

Tentera Amerika dan sekutu dijangka menamatkan operasi pemindahan penduduk dari Kabul selewat-lewatnya 31 Ogos ini.

Tentera Britain dan Perancis sudah pun menamatkann operasi tersebut, menyaksikan masih ada rakyat negara itu yang terkandas di bumi Afghanistan.

Namun, kerajaan masing-masing memberi jaminan untuk kembali ke Afghanistan selepas keadaan kembali reda untuk membawa keluar semua rakyatnya.

Encik Biden sebelum ini menegaskan beliau tidak akan melanjutkan tempoh pemindahan penduduk selepas Taleban memberi amaran negara itu perlu menanggung akibat jika dilanjutkan.

United Kingdom (UK) pula berdepan banyak kritikan selepas kerajaan itu mengakhiri secara tergesa-gesa membawa keluar warga Afghanistan, sekali gus menyebabkan ratusan lagi yang sepatutnya ditempatkan semula, terkandas.

Dalam tempoh dua minggu, pihak berkuasa berjaya membawa keluar lebih 15,000 orang.

Sebelum ini Perdana Menteri Boris Johnson memuji misi yang disebut sebagai pertama kali dilihat sepanjang hayat

Namun, beberapa pegawai tinggi termasuk bekas pegawai UK mengecam kegagalan kerajaan dengan menjangkakan sepatutnya lebih ramai warga Afghanistan boleh diselamatkan.

Dalam pada itu, akhbar The Sunday Times memetik kenyataan seorang menteri yang tidak dinamakan sebagai berkata, pihaknya yakin mereka sepatutnya boleh membawa lebih 800 hingga 1,000 orang lagi. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg