Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Buruan besar-besaran di Taiwan cari kodok tebu

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



NANTOU COUNTY (Taiwan): Kodok merupakan satu simbol kemakmuran di Taiwan, namun penemuan satu spesies invasif yang tidak dijangka menyebabkan pegawai dan pencinta alam sekitar segera bertindak membendung pembiakannya.



Dengan memakai sarung tangan pelindung, puluhan sukarelawan Persatuan Pemuliharaan Amfibia Taiwan bekerja sepanjang malam mencari di kawasan sawah dan plot sayur untuk mengesan sasaran mereka - kodok tebu.



Tidak ada sebab bagi amfibia besar dan sangat toksik itu wujud di Chaotun, satu kejiranan di kaki bukit pergunungan tengah Taiwan.



Kodok jenis itu adalah haiwan asli di Amerika Selatan dan Tengah dan walaupun mereka terkenal kerana menimbulkan banyak kerosakan di tempat seperti Australia dan Filipina, mereka tidak pernah direkodkan di Taiwan.



Ini sehinggalah beberapa minggu lalu apabila seorang penduduk tempatan menemui beberapa amfibia besar itu di kebun sayurnya dan memuat naik gambar dalam talian - satu langkah yang mencetuskan pemburuan segera kodok itu.



"Satu operasi pencarian segera dan besar-besaran adalah penting tatkala kodok tebu kali pertama ditemui," kata Dr Lin Chun-fu, seorang saintis amfibia di Institut Penyelidikan Spesies Endemik memberitahu AFP, sambil menjelaskan mengapa operasi itu perlu segera dilakukan.



"Saiz mereka amat besar dan mereka tidak punya musuh semula jadi di Taiwan," tambahnya.



Tidak lama selepas gambar itu dimuat naik, Cik Yang Yi-ju, pakar di Universiti Dong Hwa Nasional, menghantar sekumpulan sukarelawan dari Persatuan Pemuliharaan Amfibia untuk menyiasat.



Mereka tiba di kebun sayur itu dan terkejut apabila menemui 27 ekor kodok tebu di kawasan berhampiran, sambil mengenal pasti kodok penceroboh dan beracun itu.



"Saya terkejut dan bimbang apabila mereka menemui lebih 20 kodok. Ini bukan perkara yang mudah untuk ditangani," katanya.



"Kami mula maklumkan dan menggerakkan semua orang untuk bertindak," katanya sambil menambah, kehadiran anak-anak kodok menunjukkan kodok itu sedang membiak.



Kodok tebu adalah spesies invasif bahaya kerana tiga sebab utama.



Mereka pemangsa yang rakus, mereka amat berjaya dalam pembiakan, dan mereka beracun.



Faktor terakhir itu, satu mekanisme pertahanan kodok itu, amat bahaya kepada anjing yang mungkin menjilat atau menggigit kodok itu.



Petani tempatan memberitahu ahli pemuliharaan bahawa mereka telah menyedari kehadiran kodok berbadan besar itu tetapi tidak pernah melaporkannya.



"Mereka tidak pernah terfikir bahawa ini adalah spesies invasif dari luar negara," kata Cik Yang.



Kodok tebu tersenarai dalam '100 Spesies Asing Invasif' dunia yang dikumpul Kumpulan Pakar Spesies Invasif (ISSG), badan penasihat antarabangsa merangkumi saintis dan pakar dasar.




"Saya terkejut dan bimbang apabila mereka menemui lebih 20 kodok. Ini bukan perkara yang mudah untuk ditangani. Kami mula maklumkan dan menggerakkan semua orang untuk bertindak."
- Cik Yang Yi-ju, pakar di Universiti Dong Hwa Nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >