Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ByteDance tambah bilangan pekerja di Amerika

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



NEW YORK: ByteDance, syarikat asal China yang memiliki aplikasi video pendek TikTok, telah menambah hampir tiga kali ganda pekerjanya di Amerika Syarikat dalam 12 bulan lalu kata syarikat itu.



ByteDance mengatakan ia kini mempunyai lebih dari 1,000 pekerja di seluruh negara dari Mountain View, California hingga New York, meningkat dari sekitar 300 pekerja pada masa ini tahun lalu.



Kenaikan utama melibatkan jurutera yang mengendalikan penyelidikan dan pengembangan, keselamatan data, pasukan pencipta dan pasukan penjualan, kata ByteDance kepada Reuters.



Tik Tok yang dimiliki syarikat China dan popularitinya yang meluas di kalangan remaja Amerika telah mendapat sorotan dari pengawal selia dan penggubal undang-undang Amerika.



Pengawal selia mempersoalkan keselamatan data peribadi yang dikendalikan aplikasi dan jika pemilikannya di China menimbulkan risiko keselamatan negara, lapor Reuters tahun lalu.



TikTok telah menggajikan lebih banyak jurutera Amerika untuk mengurangkan pergantungannya kepada kakitangan di China, dan telah menubuhkan sebuah pasukan di Mountain View, California untuk mengawasi pengurusan data, kata sumber yang mengetahui perkara itu.



Baru-baru ini syarikat teknologi China telah mengalihkan pusat kuasanya dari China, menarik eksekutif kanan dan memperluas kehadirannya di Amerika Syarikat, lapor Reuters bulan lalu.



ByteDance baru-baru ini menarik Encik Kevin Mayer dari Walt Disney Co menjadi Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok.



Ia juga menggajikan eksekutif keselamatan data veteran Encik Roland Cloutier.



Syarikat itu akan menggaji 100 pekerja keselamatan, data, dan perlindungan privasi tambahan pada akhir tahun ini, kata Encik Cloutier dalam catatan blog minggu ini.



ByteDance berkata ia mempunyai kira-kira 60,000 pekerja di seluruh dunia pada Januari, kebanyakannya berpusat di China.



Menurut sumber, syarikat itu sebelum ini telah membeli aplikasi media sosial Musical.ly pada 2017, ketika ia menggajikan sekitar 20 orang di Amerika pada masa itu. Musical.ly meletakkan asas untuk pertumbuhan pesat TikTok.



Tangani Berita Palsu



Dalam perkembangan berasingan, Encik Mayer melahirkan komitmen mahu menangani maklumat palsu.



Komitmen itu dibuat ketika Encik Mayer mengadakan sidang video bersama ketua digital Kesatuan Eropah (EU) Thierry Breton bahawa beliau berhasrat memainkan peranan aktif dalam memerangi maklumat palsu, sedang Encik Breton mula menggesa syarikat gergasi teknologi untuk meningkatkan usaha mereka menangani berita palsu.



Sepanjang dua bulan lalu, Encik Breton telah mengadakan persidangan video dengan CEO Facebook Mark Zuckerberg; CEO Google Sundar Pichai; CEO Apple, Tim Cook dan CEO Twitter Jack Dorsey untuk mengetengahkan kempennya menentang berita palsu dan isu-isu lain.



TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, membolehkan pengguna membuat video ringkas.



Populariti aplikasi itu meletup populariti semasa krisis Covid-19 tetapi baru-baru ini dilanda aduan privasi dan kebimbangan yang berpunca dari hubungannya yang erat dengan Beijing.



Encik Mayer, yang sebelumnya merupakan eksekutif tertinggi khidmat penstreman Walt Disney Co, meninggalkan gergasi taman hiburan dan penyedia hiburan Amerika Syarikat untuk menjadi CEO TikTok bulan lalu.



Encik Breton memberitahu Encik Mayer dalam panggilan video bahawa aplikasi media sosialnya mempunyai peranan menentang maklumat palsu dan juga mengajaknya untuk menyertai kod tingkah laku Kesatuan Eropah, kata pegawai EU itu, yang minta namanya tidak disiarkan kerana tidak diberi kuasa untuk berbicara secara terbuka.



Anggota kod tingkah laku sukarela termasuk Google, Facebook, Twitter dan Mozilla yang menyertai kod itu pada Oktober 2018 dengan matlamat memerangi berita palsu di platform mereka dalam usaha untuk mengelak peraturan yang lebih tegas.



"Breton menjangkakan platform dalam talian secara umum dan Tik Tok khususnya untuk menggunakan tadbir urus secara proaktif untuk menjadi rakan kongsi dalam memerangi maklumat, "kata pegawai itu.



Encik Mayer pula melahirkan komitmen untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab dan menangani isu-isu yang berkaitan dengan kandungan dilarang dan berbahaya, termasuk mengambil langkah tambahan dalam memerangi maklumat palsu, kata pegawai itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >