Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PILIHAN RAYA UMUM M’SIA

Cabaran Anwar - tangani 'suara' PAS...

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



KEENGGANAN Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kekal mahu memainkan peranan sebagai pembangkang di Parlimen mungkin tanda awal cabaran yang mungkin timbul di Parlimen yang akan bersidang pada 19 Disember nanti.



Datuk Anwar sebelum ini berkata usul undi percaya untuk membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia akan menjadi usul pertama yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen tersebut.



Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH) itu antara lain disertai Barisan Nasional (BN) yang memperolehi 30 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mendapat 23 kerusi Parlimen dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan enam kerusi Parlimen.



Semasa sidang media pada hari pertama memasuki Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya Jumaat lalu, Datuk Anwar juga berkata jumlah dukungan Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau kini sudah mencapai sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.



Namun, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyifatkan kerajaan itu sebagai kerajaan minoriti.



Beliau turut menegaskan bahawa PAS menolak pelawaan menyertai Kerajaan Perpaduan disebabkan gabungan berkenaan tidak didominasi pemimpin Islam.



"Islam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih Perikatan Nasional (PN), bersama kaum lain. Bukan Melayu sahaja termasuk ada India, Cina dan bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.



"Sokongan ini mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam," katanya dalam Ceramah Umum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang disiarkan di laman Facebook beliau kelmarin.



Tambahnya, Kerajaan Perpaduan ketika ini dikuasai oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang meraih jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PH pada PRU15 yang lalu.



DAP menyumbang 40 kerusi Parlimen - yang juga jumlah kerusi kedua tertinggi yang dimenangi sebuah parti - kepada PH yang memenangi 82 kerusi secara keseluruhan dalam PRU15.



"Yang dominasi sekarang adalah DAP, (parti) bukan Islam. Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebahagiannya sahaja Islam... daripada 30 kerusi dimenangi mereka, sebahagian lagi bukan Islam. DAP pula meraih 40 kerusi.



"Dengan jumlah minoriti ini tertubuhnya kerajaan minoriti... malah perkara ini turut menimbulkan kekecohan, protes dalam Umno, ini menandakan ia perkara tak sihat," ujar Tan Sri Abdul Hadi.



Malah menurut Ahli Parlimen Marang itu, kerajaan baru Pahang yang kini dipimpin oleh gabungan BN-PH bakal tergugat jika PN berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Tioman.



Tambahnya, kerajaan negeri sedia ada juga merupakan kerajaan minoriti dan kemenangan di Tioman akan menunjukkan bahawa PN yang majoriti.



Datuk Anwar kini berdepan dengan pembangkang Melayu Islam sepenuhnya di Parlimen, iaitu gabungan PN yang memenangi 73 kerusi dalam PRU15, dengan 43 daripadanya disumbang PAS, yang juga jumlah kerusi tertinggi yang dimenangi sebuah parti dalam pilihan raya itu.



Laporan media sebelum ini menyatakan PAS memenangi 44 atau 49 kerusi tetapi ini termasuk kemenangan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding dengan bendera PAS di Kelantan dan Terengganu.



PAS sebelum ini juga mendakwa hak istimewa yang diberi kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan akan terhakis di bawah pentadbiran PH.



Dengan masyarakat Melayu membentuk sekitar separuh daripada lebih 30 juta rakyat Malaysia, Datuk Anwar tidak boleh membiarkan pembangkang menguasai naratif kaum dan agama itu.



Namun menurut timbalan pengarah urusan BowerGroupAsia, Encik Asrul Hadi Abdullah Sani, beliau juga tidak boleh membiarkan dirinya terperangkap dengan wacana nasional yang bertumpukan sepenuhnya pada Islam kerana ini akan menyebabkan beliau kehilangan undi dalam pilihan raya akan datang.



"Datuk Anwar perlu meyakinkan pengundi Melayu bahawa wacana nasional sepatutnya bertumpukan kepada usaha memulihkan semula ekonomi dan menangani kos sara hidup yang meningkat," ujarnya.



Bagi Datuk Anwar, usaha berkesan menangani cabaran ekonomi berupaya mengalihkan wacana nasional daripada isu kaum dan agama, selain memberinya masa untuk meyakinkan orang Melayu bahawa kerajaan pimpinannya akan melindungi hak istimewa Bumiputera.



Menurut Zamil Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, bagaimana Datuk Anwar sebagai pemimpin tertinggi Malaysia dapat memupuk semangat perpaduan antara dua kelompok pengundi yang berbeza - mereka yang berfikiran lebih reformis serta mereka yang lebih konservatif - merupakan antara cabaran yang akan dihadapinya dalam jangka masa panjang.



"Oleh itu, Belanjawan yang akan dibentangkan (sebelum Disember) ini amat penting.



"Kalau kita lihat, kebanyakan mereka yang mengundi PN merupakan pengundi dari kawasan yang lebih terpencil, jauh dan memerlukan pembangunan.



"Sekiranya beliau dalam Belanjawan tersebut misalnya memperuntuk lebih dana bagi pembangunan luar bandar serta kerja naik taraf sekolah tahfiz dan sebagainya, beliau boleh menambat hati segelintir daripada mereka yang telah mengundi PN," ujar Dr Oh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >