Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Cabaran pekerja bantuan kemanusiaan wanita Yaman

Krisis paling buruk di utara negara itu yang berada di bawah penguasa Houthi yang larang kaum wanita keluar tanpa ditemani lelaki mahram
Mar 25, 2023 | 05:30 AM



DUBAI: Para pekerja bantuan kemanusiaan wanita di Yaman utara, tidak dapat menjalankan tugas mereka menangani salah satu krisis paling buruk di dunia, kerana penguasa Houthi perketat peraturan penjagaan lelaki yang membataskan pergerakan mereka, kata sembilan wanita pekerja bantuan kemanusiaan kepada agensi berita Reuters.



Apabila wanita enggan mengambil seorang penjaga lelaki, mereka tidak boleh pergi menyelia projek-projek bantuan, mendapatkan data dan memberi perkhidmatan kesihatan dan lain-lain perkhidmatan.



Jika mereka mendapatkan seorang penjaga lelaki, untuk melakukan kerja-kerja yang dianggap "sensitif dan rumit," maka pekerja bantuan berkenaan harus mengeluarkan kos tambahan.



Seorang pengurus projek kesihatan biasanya melakukan 15-20 lawatan dalam setahun ke beberapa tempat di merata negara itu, tetapi beliau berkata belum dapat membuat satu pun lawatan sejak peraturan ini dikuatkuasakan.



Peraturan yang mewajibkan mereka ditemani oleh saudara yang dekat - mahram, dalam bahasa Arab - mula diperkenalkan pada 2022.



"Saya tidak punyai ramai saudara lelaki dalam keluarga saya," katanya, sambil menambah bahawa beberapa wanita menghadapi kesulitan untuk mencari penjaga lelaki kerana saudara-mara mereka menentang wanita keluar bekerja.



"Kadangkala ada wanita yang bekerja tanpa memberitahu keluarga mereka."



Beliau menggunakan kaedah panggilan video, tetapi beberapa wanita kehilangan pekerjaan kerana tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.



Konflik Yaman telah memecahbelahkan negara itu, antara Houthi yang disokong Iran di utara, dan pemerintah yang diiktiraf antarabangsa, di selatan, yang disokong oleh tentera gabungan Arab Saudi.



Konflik itu telah memusnahkan ekonomi negara dan sistem kesihatan, mengakibatkan dua pertiga daripada 30 juta penduduk Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan.



Kumpulan-kumpulan bantuan mengatakan keluarga yang dipimpin oleh wanita lebih terdedah kepada masalah keselamatan makanan dan sulit untuk mendapatkan bantuan.



Tanpa kakitangan wanita di lapangan, kumpulan-kumpulan bantuan menghadapi masalah untuk melakukan kerja dari semudah melakukan pemeriksaan identiti wanita yang perlu membuka penutup muka mereka hingga kepada mengagihkan makanan.



"Keperluan mahram menjadikan tugas pekerja bantuan kemanusiaan lebih mencabar," kata seorang wakil pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang bertugas dalam bidang pemakanan dan sanitasi.



Sejak 2022, pekerja bantuan wanita Yaman harus ditemani lelaki yang mahram, apabila menyeberangi perbatasan wilayah yang dikuasai kumpulan Houthi - sebuah pergerakan agama, politik dan tentera yang menguasai utara Yaman.



Malah di empat wilayah lain, wanita-wanita itu harus ditemani penjaga lelaki untuk ke mana-mana sahaja dalam wilayah itu.



"Kakitangan wanita (Yaman) tidak dibolehkan bekerja di luar pejabat kami, selama hampir dua tahun. Ini merupakan satu bencana bagi kemajuan mereka dari segi moral, motivasi dan tentunya sulit bagi kami untuk mendekati wanita dan gadis di lapangan," kata seorang pekerja NGO lain, yang memberikan gambaran keadaan di beberapa kawasan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >