Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cadangan buka Langkawi kepada pelancong luar negara

Oct 15, 2021 | 5:30 AM
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

KUALA LUMPUR: Hampir 90,000 pelancong tempatan direkodkan mengunjungi Pulau Langkawi dalam tempoh 27 hari pertama pelaksanaan projek rintis gelembung pelancongan domestik di destinasi percutian di Kedah itu.

Berdasarkan kejayaan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Malaysia mencadangkan pelaksanaan projek rintis gelembung pelancongan membabitkan pelancong asing dari negara tertentu ke pulau berkenaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, memaklumkan bahawa 85,921 pengunjung dari luar Kedah direkodkan mengembara ke Pulau Langkawi sejak projek gelembung pelancongan bermula pada 16 September, lapor Berita Harian Malaysia.

Menurut beliau, sehingga 12 Oktober, lebih 58,000 pengunjung tiba melalui pintu masuk udara pulau itu, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala lebih 27,000 pengunjung tiba melalui pintu masuk laut.

"Kehadiran pelancong ini semestinya memberi kesan domino kepada industri penerbangan, feri dan juga premis penginapan pelancong," kata Datuk Nancy dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Ahmad Yahya, yang bertanya mengenai sambutan pelancong tempatan ke Langkawi selepas pulau itu dibuka semula serta masalah berbangkit yang dikesan.

Menjawab soalan tambahan Encik Ahmad mengenai apakah kerajaan akan membuka pintu masuk Malayasia kepada pelancong asing, khususnya dari negara Asean, selaras kejayaan projek gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Datuk Nancy memaklumkan bahawa perkara itu sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

"Saya mencadangkan agar kita membuka (sempadan) kepada (pelancong dari) negara tertentu ke Langkawi terlebih dahulu, di bawah projek perintis Langkawi.

"Ini adalah salah satu cara untuk memulihkan ekonomi kita," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg