Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Cadangan pendekkan tempoh kerjakan haji tak mampu kurangkan kos

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Cadangan memendekkan tempoh mengerjakan haji, terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos ibadat berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata memendekkan tempoh menyebabkan jemaah haji menginap di Makkah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos.



"Bagi pakej jemaah haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, tempoh mereka ada di tanah suci di antara 40 hingga 45 hari. Tempoh ini mengambil kira jadual penerbangan carter (khas) yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.



"Secara amnya dengan memendekkan tempoh pakej muassasah, ini bermakna jemaah haji yang akan ke Arab Saudi akan mula menginap di Makkah dan Madinah pada waktu puncak, iaitu harga tiket penerbangan dan sewaan bangunan amat tinggi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini, menurut satu laporan yang terbit di Berita Harian Malaysia.



Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemuka oleh Senator Datuk Mohd Hisham Yahaya yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbang cadangan mengkaji semula tempoh ibadah haji bagi mengurangkan kos menunaikan ibadat itu.



Menurut Mohd Na'im, TH berusaha untuk mengawal kenaikan kos dengan perjanjian kontrak jangka panjang yang dimeterai bersama beberapa pihak di Arab Saudi membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pelbagai perkhidmatan lain.



Katanya, dengan cara itu harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun.



Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah meningkat kepada RM30,850 ($9,000) tahun ini berbanding RM28,623 tahun lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >