Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

California, New York dan New England dilanda ribut, banjir

Mar 16, 2023 | 5:30 AM
DINAIKI AIR: Sebahagian kawasan bandar Pajaro di California Utara dinaiki air selepas ribut yang membawa hujan lebat melanda kawasan itu. - Foto EPA-EFE
DINAIKI AIR: Sebahagian kawasan bandar Pajaro di California Utara dinaiki air selepas ribut yang membawa hujan lebat melanda kawasan itu. - Foto EPA-EFE -

NEW YORK: Satu lagi ribut terbaru telah melanda California pada Selasa, mengakibatkan satu lagi kejadian banjir di negeri itu yang sudah pun ditimpa jumlah hujan yang tinggi.

Manakala ribut Nor'easter melanda di New York dan New England mendorong perintah kecemasan dengan banyak jalan raya ditutup.

Hujan sehingga 25 sentimeter diramalkan di beberapa kawasan di California, manakala salji sehingga 0.9 meter dijangka berlaku di kawasan tinggi pergunungan di mana jumlah salji sudah mencapai tahap maksimum, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

Di sepanjang pantai California dan kawasan pedalaman yang lebih rendah pula, hujan lebat dan salji yang mencair telah mencetuskan ancaman banjir baru yang berasal daripada sungai yang melimpah.

Ini berserta ramalan yang memberi amaran tentang banyak pokok boleh tumbang dengan talian elektrik terputus ekoran angin kencang sehingga kelajuan 113 kilometer sejam.

"Nyawa manusia dan harta benda berada dalam bahaya besar dari Selasa hingga Rabu," kata NWS dalam ramalan California.

Ia turut memberi amaran kepada penduduk untuk menjangkakan banjir kilat di kawasan yang biasanya tidak mengalaminya.

Sebagai jangkaan terhadap berlakunya ribut dari Lautan Pasifik, anggota pasukan kecemasan telah mengisi beg pasir selain meronda benteng air serta tebing sungai sepanjang masa.

Sembilan ribut melanda California secara berturut-turut dari akhir Disember hingga pertengahan Januari, mencetuskan banjir berleluasa, menjejas keutuhan tambak, banjir lumpur dan ombak besar.

Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg