Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon asal Korea S bersaing untuk kerusi Dewan Indonesia

Jan 30, 2024 | 02:22 PM



JAKARTA: Seorang peguam kelahiran Korea Selatan, yang turut bertanding merebut kerusi di Parlimen negara Indonesia, menarik perhatian ramai di media sosial.


Encik Kim Chong-Sung, 58 tahun, yang menjadi warganegara Indonesia 10 tahun lalu, malah menggunakan ‘K-pop’ sebagai slogan kempennya, tetapi ia membawa maksud di luar rujukan biasa kepada muzik popular Korea Selatan.

Di persimpangan jalan yang sibuk, di mana berpuluh-puluh poster dipaparkan untuk mendapatkan perhatian, menjelang hari pengundian pada 14 Februari, poster yang menunjukkan Encik Kim, mudah menyerlah kerana namanya yang agak luar biasa.

Beliau bertanding untuk parti Golkar di kawasan undi Jakarta II, salah satu daerah pilihan raya yang paling sengit dipertandingkan.

Untuk memenangi kerusi itu, Encik Kim, yang digelar media sebagai ‘Bang Kim’ (‘Abang Kim’ dalam bahasa Indonesia), mesti mengalahkan lebih 100 calon lain.

Jenama ‘K-pop’ beliau bermaksud “berwibawa, profesional, objektif dan peduli (penyayang)“, mempromosikan komitmen politiknya dalam gabungan bahasa Indonesia dan Inggeris.

Antara janjinya ialah mengatur 200 pelajar Indonesia yang layak dalam setahun, daripada keluarga kurang berkemampuan, untuk belajar di Korea Selatan.

Di bawah cadangannya, “pekerja pelajar” ini akan membiayai diri mereka dengan bekerja sehingga 25 jam seminggu, lapor The Jakarta Post.


Encik Kim juga berikrar untuk memberi bantuan guaman percuma kepada pekerja asing Indonesia yang menghadapi sebarang masalah di luar negara dan berkata beliau merancang untuk mempromosikan lagi pelaburan di Indonesia kepada pelabur Korea Selatan.

Pemerhati menyatakan bahawa jarang sekali warganegara Indonesia yang asalnya warga asing bertanding sebagai calon wakil rakyat dan usahanya menjadi antara topik paling hangat di media sosial.

Encik Kim berhijrah ke Jakarta dari Seoul 31 tahun lalu untuk meneruskan usaha perniagaan, lapor The Straits Times.


Setelah menghabiskan lebih separuh hayatnya di Indonesia, beliau fasih berbahasa Korea dan bahasa Indonesia, dan berkata beliau lebih merasakan dirinya sebagai orang Indonesia daripada orang Korea.

Bapa kepada dua anak itu berkata beliau berasa bertuah menjadi seorang usahawan yang berjaya dan kemudian seorang peguam di Indonesia dan berminat untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Beliau menubuhkan syarikat pakaian membuat pakaian wanita dan topi pada 1995, tiga tahun selepas dia menjejakkan kaki di Indonesia.

Selepas 11 tahun, beliau secara beransur-ansur menyerahkan operasi syarikat kepada pengurus profesional untuk memberi tumpuan kepada peranan baru sebagai peguam korporat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >