Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon BN kekal kerusi Dewan Undangan Negeri Tioman

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menunjukkan rakyat sudah boleh menerima gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan dan juga di peringkat negeri.



Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan dengan majoriti 573 undi.



Bagi Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, kemenangan itu adalah bukti penerimaan rakyat terhadap gabungan BN dan PH.



"Sudah tentu rakyat boleh menerimanya (gabungan BN dan PH) khususnya di DUN Tioman, kalau tidak bagaimana kita boleh menang. Ini bermakna mereka (rakyat) boleh menerima secara rasionalnya," katanya menurut Sinar Harian.



Datuk Seri Mohd Johari yang menyandang kerusi DUN Tioman sejak 2008 dan menang dengan majoriti 1,280 undi dalam pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu berkata;



"Kemenangan ini adalah kemenangan bersama melibatkan kerjasama di semua peringkat negeri Pahang."



Dalam pilihan raya kelmarin, Datuk Seri Mohd Johari mendapat 8,080 undi, calon Perikatan Nasional, Cik Nor Idayu Hashim (7,507), Encik Mohd Fadzli Mohd Ramly dari Pakatan Harapan (PH) (784), Encik Osman A Bakar, Pejuang (79) dan calon Bebas, Encik Sulaiman Bakar (58).



PH sebelum ini mengumumkan menarik diri di DUN berkenaan selepas membentuk kerajaan perpaduan bersama BN di Pahang dan Putarajaya selepas PRU15.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah sebanyak 58.39 peratus.



Kemenangan dengan majoriti tipis 573 undi itu menyaksikan BN kini menguasai jumlah kerusi DUN yang sama dengan PN, iaitu 17, manakala PH dengan lapan kerusi.



Pasca PRU15 lalu, tiada parti atau blok parti berjaya mendapat majoriti mudah untuk menguasai DUN Pahang dengan BN ketika itu menang 16 kerusi, kurang satu kerusi berbanding PN.



Berikutan itu, Pemangku Raja Pahang yang juga Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, memberi perkenan kepada pembentukan kerajaan perpaduan membabitkan BN dan PH.



Ia juga menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, daripada BN mengekalkan jawatan berkenaan.



Pilihan raya DUN Tioman yang membabitkan 28,108 pengundi, dilaksanakan secara berasingan daripada PRU15 pada 19 November lalu berikutan kematian seorang calon yang bertanding di kerusi itu sebelum hari mengundi.



Calon asal PN, Alahyarham Md Yunus Ramli, 61 tahun, meninggal dunia pada awal pagi 19 November. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >