Calon pembangkang menang ulangan pilihan raya mayor Istanbul
Premium
Calon pembangkang menang ulangan pilihan raya mayor Istanbul
Jun 25, 2019 | 5:30 AM
KEMPEN POSITIF BERBALOI: Mayor Istanbul yang baru dipilih, Encik Ekrem Imamoglu daripada Parti Rakyat Republik (CHP), meraikan kemenangan bersama penyokongnya. - Foto EPA-EFE -
ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, mengalami kekalahan yang meninggalkan kesan kelmarin apabila calon pembangkang memenangi pilihan raya mayor kontroversial Istanbul yang diulang semula.
Encik Ekrem Imamoglu memenangi pilihan raya pertama Mac lalu dengan kelebihan tipis 13,000 undi atas calon yang dipilih oleh Encik Erdogan, Encik Binali Yildirim, mencabar keputusan itu dan pilihan raya baru diarahkan oleh mahkamah.

